Oreo X BTS Pop up di Sunway Pyramid

Bila dengar group KPop yang Dania minat ada pula event Oreo, teruslah lepas kelas hari Jumaat tu saya dan Dania ke Sunway Pyramid. Bertolak awal dan jalan pun tenang je kecuali kat Puchong tu haihhh busy betul la. Nak kena balik awal juga sebab tak nak jam sebab petang jumaat kan banyak kereta. 

Parking pun kat bawah tempat event. Naik je escalator dari parking tu terus nampak event ni. Memang kebetulan je. Tak sure event ni kat mana. Masa ni dah beli Oreo. Pembelian RM10 ke atas boleh dapat sticker BTS. Dania tayang sticker la tu. Ada lagi la kalau pembelian RM50 boleh dapat apron Oreo BTS tapi Dania kata apron ni jarang pakai. 


Dania bergambar dengan the boys. Jaya Grocer yang jual biskut Oreo ni. 


Apa yang special tentang Oreo limited edition ni?

1. Biskutnya berwarna ungu (purple). Perisa pancake gula perang (Hotteok) iaitu makanan jalanan di Korea. Warna Oreo biasa ialah hitam. 

2. Ada tulisan khas BTS buat army (peminat BTS) yang dicetak pada biskut Oreo. Kiranya surat cinta BTS buat army la. 


Ni ummi kepada peminat BTS tapi tipu la kalau cakap ummi dia tak minat langsung. Ada la minat sikit2. 😆. Belakang saya ni ada tulisan Korea dan Dania baca la. Dania boleh baca tapi tak faham. 😁


Kalau nak tengok tulisan kat biskut, ada kat belakang tu. 


Kalau dah namanya limited edition ni hanya sekejap je la biskut Oreo perisa Hotteok ini ada di pasaran. 


Kat sini ada gambar mereka dan kena la ambik gambar. 


Pandai BTS pilih warna biskut ni ya....purple.....purple ni memang sinonim dengan BTS sebab Borahae. I purple you. 


Bergambar kat sini pulak. Setiap sudut ya....


Pandangan dari atas. 


Belah kiri tu lambang BTS. 


Tulisan besar Oreo BTS. 


Dania tayang sticker Oreo BTS. Pembelian RM10 ke atas boleh dapat sticker ni. 


Kalau dapat tulisan pada biskut yang ada kat sini boleh claim hadiah di bawah. Saya tak buka la biskutnya kat sini. 


Kat sini cantik kalau ambik gambar sebab ada Oreo yang besar dan ada tulisan BTS 💜 Oreo. Ada juga sample biskut boleh cuba. 


Perkenalkan...
Jin. Pencari bakat terjumpa Jin kat jalan dan minta Jin ujibakat. 


Suga. Suga ada compose lagu untuk ringtone Samsung. 


Jimin. Kawan baik Dania, Zalilah minat Jimin. Jimin ni pandai menari. Masa Zahirah Macwilson pergi ke majlis Tiffany's, Jimin pun ada dan kebetulan Jimin tengah lalu dan dia pun pandang lama kat Zahirah. Mungkin terpegun tengok Zahirah yang lawa kot. 


Ni V. Kalau tak jadi ahli BTS, V nak jadi seorang petani. Nenek yang jaga V masa kecik. 


RM ni ketua kumpulan BTS. Pandai berbahasa Inggeris. Siri TV yang RM tonton untuk memperkasakan Bahasa Inggeris ialah siri sitkom Friends


I'm your hope, you are my hope, I am J Hope. 


Ha yang ni Dania minat iaitu Jung Kook. Ambassador Calvin Klein. Anggota paling muda dalam kumpulan BTS. Berpisah dengan keluarga masa umur belasan tahun untuk training menjadi anggota kumpulan BTS. 


Dani bergambar dengan semua. 




Ada 2 perisa dan yang ni original. 


Ni  perisa limited edition ni. 


Ada beli yang kecik tu untuk kawan-kawan Dania. 




Ada iklan Oreo juga. 



Ni macam buat mini 💜.



Nak balik dah ni dan terjumpa Eyra Hazali. Dah tak berlakon dah kan semenjak kahwin dengan pemain bola. 
 

Dania yang perasan dulu Eyra ni....


Lepas event ni kami makan dulu sebelum meneruskan perjalanan balik. Kena keluar Subway Pyramid ni awal sebab tak nak stuck dalam jam petang jumaat kan. 




XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.