Makan malam di Kopi & Ulam by Debunga

Bila hubby mengajak makan malam di sini...kena pergi ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Orang luar pun boleh masuk. Kami pilih kat meja tengah. 


Ada sebuah piano berdekatan kami. Tak sure hanya sebagai hiasan atau ada yang mainkan piano ni. 


Sementara makanan belum tiba, saya dan Dania explore kat luar. Rupanya dah diberikan nafas baru la. Kalau nak duduk kat luar tapi tetap di bawah bumbung. 


Ruangan ni menuju ke surau dan bilik kecil. 


Tempat belakang Dania ni kolam. Memang hujan terus masuk dalam kolam di belakang. 


Ni bahagian belah sini pulak. Ada nampaknya yang memilih duduk kat sini. 


Bilik yang boleh memuatkan beberapa orang. Private function boleh booked sini. 


Bilik yang ni macam kecik sikit. Atas ni kalau ada pokok bunga menjalar cantik juga. Macam kayu buluh je nampaknya. 


Belah kiri boleh nampak jaring besi. 


Fungsinya supaya pokok boleh memanjat. 


Cantik bunga ni. 


Makanan kami dah sampai...
Focacia Chicken Sandwich pilihan hubby. 
Roti dia macam garing sikit jadi keras la sikit. Kalau kurang garingnya...roti ni lembut la kan....tapi sedap je.  


Latte buat hubby. 


Ni Fish & Chips saya. Ikan ni akan ngam bila saya dip dengan tartar sauce dan sos cili. Saya minta juga   sos cili. 


Dania punya Spaghetti Carbonara dan Matcha. Saya pilih air mineral je. 


So far makanan ok la. Dah mula banyak pilihan menu berbanding masa mula-mula buka. Pelajar UPM dapat penjimatan sebanyak 10% dari harga keseluruhan. Dania tunjuk kad RHB Siswa Debit tu je.  

Selain tempat makan, Kopi & Ulam juga nurseri pokok-pokok. Boleh dibeli juga pokok-pokok yang dijual di sini. Nampak macam ada pokok durian belanda, pokok misteri? Misteri ni pokok apakah....ni saya confuse. Nurseri dah tutup pun. Kalau buka, mau je saya tanya pokok apakah itu....

Ni pokok buah kedondong @ Amra kalau hubby yang panggil. Dah berbuah pulak tu. 


Ada air mengalir kat parit ni. Uniknya tak ada pun konkrit kat sini. Semata-mata rumput je. 


Keliling ni memang ada pokok-pokok ditanam. Kalau siang boleh la ambik gambar sini sana kan...ni malam....

Kalau nak mencuba di Kopi & Ulam by Debunga...boleh la ke Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia, Jalan Persiaran Universiti 2, Serdang, Seri Kembangan, Selangor.

Buka 7.30 pagi - 10.00 malam (setiap hari).   





XOXO,
Ezna







































 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.