Pada jam 10.28 malam kami menyeberangi Jambatan Pulau Pinang. Banyak juga kereta.
Ok...dah tiba penginapan kami di Pulau Pinang. Parking kat Travelodge ni limited juga. Nasib baik la ada parking kosong.
Saya dan Dania menunggu dulu kat sofa. Letih betul perjalanan yang sepatutnya sekejap je jadi perjalanan yang panjang dari Alor Setar - Pulau Pinang.
Masa kami datang tu memang family kami je yang baru nak check in. Kata reception counter tu ada lagi yang masih tak tiba.
Ni bilik family jadi ada 1 katil single dan 1 katil queen.
Tapi....ada satu cerita di dalam bilik....nanti la saya cerita ya....
Masa ni nak ambik gambar pun tak ada mood sebab penat sangat. Lepas mandi dan solat terus la tidur.
Kita tunggu aktiviti apa pula esok ya....
Kami check in ni pada 23 Mac 2026 bersamaan dengan 3 Syawal. Kisah throwback la ni.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.