Kalau siangnya makan di Canning Dimsum, malamnya kami ke Sunway Pyramid. Setelah shopping baju kat Uniqlo dan solat maghrib kami pun ke sini.
Cili Kampung ni kat tempat Celcom dulu tak silap saya.
Dania sibuk nak naik buaian kat sini. Masa kecik-kecik suka sangat naik buai kat taman permainan sampai sanggup menunggu budak lain selesai main buai. Hehe
Luas tempatnya berbanding kat Alamanda. Saya tanya staff bila disuruh ke tempat makan area sini. Bila tanya sejuk ke? Dia kata sejuk sikit je. Kooooo bukan sikit ya....sejuk sangat ni. Dah la kat luar masa ni lepas hujan.
Dia tanya bila nak ambikkan gambar dia boleh ambik. Sekali saya kata sebelum makanan tiba dan selepas makanan tiba. Tiba2 dia cakap tak apalah saya ambik selepas makanan dihantar ke meja. Eh.....tadi dia yang tanya....😅
Cepat-cepat cakap Abang....cepat ambik gambar la....Hubby je order teh tarik. Saya dan Dania memilih air mineral sahaja.
Jom tengok apa yang kami order...
Terung bercili. Saya dan hubby je makan ni. Dania tak suka terung tapi bila ummi masak, ummi masuk je dalam pinggan Dania. Tak menjawab apa....terus makan 😅
Masak lemak cili api daging. Hubby dan Dania suka lauk ni. Tak habis-habis puji sedap.
Ikan masin.
Ayam goreng berempah. Sedap....kami semua suka....
Desserts pula pisang ni.
Gambar kami....gaya lebih kurang je. Letak sini je la nak buat kenang-kenangan. Bila makanan sampai kat meja kan staff tadi kata dia nak ambikkan gambar. Hehehehe.
Ni masa nak bayar ni.

Suasana kat luar Terraces @ Boulevard Sunway Pyramid. Deret ni semua restoran....luar daripada Sunway Pyramid Shopping Mall tu tapi within walking distance je. Kanan ni Sunway Pyramid la.
Menyerupai The Great Sphinx of Giza di Mesir.
Alhamdulilah sedap makan kat Cili Kampung ni. Memang boleh repeat lagi la. So far dah pernah makan kat Cili Kampung di Alamanda dan di Sunway Pyramid.
XOXO,
Ezna














Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.