Sesekali makan bersama kawan

Dania sesekali akan makan kat luar dengan kawan-kawan. Kebetulan time ni Dania kena sediakan dewan untuk event derma darah. Kawan Dania nama Farah ambik Dania kat Fakulti. Farah ni berpuasa time bulan Syawal la hari tu. Jadi, Farah ajak kawan-kawan teman berbuka la. 

Ni Dania hantar whatsapp gambar dalam kereta. Ummi kata nak buat apa gambar kereta je. Hehe. 


Dah tiba kat parking IOI City Mall. 


Mereka pilih makan kat Dubuyo. Rasanya Farah yang pilih makan kat sini. Kawan baik-baik ya anak-anak semua. 


Ni pula makan tengahari kat Pak Ya kat Serdang tu. Dania dan kawan-kawan bertiga (gambar atas) pun pergi makan sekali. Ni baru sebahagian dalam kelas je bukan semua. 

Ummi tak nampak muka Dania jadi ummi zoom. Ada la belakang-belakang tu. Hehe. Saya ok je Dania keluar ramai2 macam ni. Tak suka la kalau keluar berdua dengan lelaki je. Ni memang saya tak suka ya. Dah grad nanti cerita lain. 

Tu la yang Dania kalau keluar memang dengan perempuan je. Ada je mak yang izinkan anak keluar berdua dengan lelaki. Ikut mak la kan....walau saya ni dibesarkan di bandar...saya rasa tak best la bab keluar berdua. Cerita-cerita zaman sekarang ni kan amat menggerunkan. Kita buat la yang terbaik untuk anak kan...tapi depends juga la kalau ada yang benarkan....ikutlah cara masing-masing. 


Jadi..keluar ramai-ramai atau girls only ummi izinkan. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.