Lepas hantar Dania untuk Milking belah petang pula....saya cadang kat hubby kami ke Saudagar Nanas yang terletak di Sg Merab. Lama juga kami tak singgah sini.
Saya pilih tempat duduk yang tinggi mengadap permandangan nanas. Tepi meja ni pun ada jual nanas kalau nak beli.
Eh ada ayam katik berkeliaran je kat sini.
Kalau nak makan tengahari ada juga kat Saudagar Nanas ni.
Cumanya pilihan makanan tengahari limited.
Geram je tengok ayam katik ni. Saya ni jenis penakut semua jenis haiwan tapi saya suka haiwan. Macam mana tu?
Ha ni la view dari tempat duduk saya ni haaa....cantik kan?
Tanaman nanas luas terbentang.
Ada buaian kalau nak ambik gambar.
Nanas.....
Hubby dok pegang ayam ni dan suprisingly jinaknya.
Pegang tak lari pun. Hubby usap macam usap kucing.
Ni dukung pulak. Elok je tak meronta-ronta pun.
Ada kawan dia kat sebelah tengok. Nak kena usap-usap jugak ke?. Selalunya ayam ni kalau jalan dekat je dah lari. Ni relaks je.
Makanan yang dipesan untuk minum petang. Kopi nanas, popia nanas dan nanas float.
Intinya nanas dan daging. Sedap.
Nanas float ni pun sedap.
Ada informasi tentang nanas.
Dr. Hj. Fadzilah Kamsah pun pernah ke sini.
Agamawan.
Selebriti pun ada. Amar Bahrin.
Ahli politik kawan baik Dr. M.
Ahli politik lagi.
Masa sibuk tengok gambar-gambar ni nampak burung kakaktua ni. Terkejut sebab dia bunyi kuat.
Nama dia nanas. Eksen kemain. Nak pegang dia buat bunyi bising. Hubby la nak pegang.
Banyaknya payung.
Nampak cosy je kat sini.
Bunga-bunga yang mekar.
Sepanjang perjalanan balik kami.
Atas bukit ni tempat kami makan tu.
Ada yang dah pernah sampai?.
Saudagar Nanas Agrofarm
Lot 3000, Kg Sg Merab Luar, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Tutup : Jumaat
7.30 pagi - 6.00 petang.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.