Saya ada beli sawi, telur puyuh dan burung puyuh masa UPM buat Farm Day kat Bangunan Pascatuai Unit Sayuran Pusat Pertanian Putra.
Masakan saya :
Sawi tumis dengan ikan bilis.
Sambal telur puyuh.
Ada telur ayam juga sebabnya nak campur dalam sawi tapi terlupa. Hehe....Dania tanya eh ummi ni ada telur ayam ni....jadinya masuk sekali dalam sambal ni. 😅. Masa makan, hubby tanya eh telur ayam pun ada?.
Puyuh ni goreng kunyit je. Besar juga la saiz dia sebab beli yang premium. Satu pek ada 10 ekor.
Ini je la lauk mudah saya ni. Dari ladang ke meja makan.
Masak apa tu?....
XOXO,
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.