Kat Watsons ni banyak juga kolaborasi dengan jenama lain. Kali ni, Dania kata nak beli blind box Tudung Ruffle.
Watsons x Tudung Ruffle pouch blind box. Garden of Whiskers Blind Box. Kalau ada tanda soal tu dapat yang secret / special la tu.
Ada beli barangan lain dan baru ambik yang ni. Kalau beli yang ni je harganya mahal sedikit. Apa yang ada dalam box ni?. Pouch meow Garden of Whiskers ni ada mini syampu Herbal Essence dan voucher RM18 Watsons untuk pembelian online.
Kalau beli barang lain dan beli ni harganya RM9.90. Kalau beli ni sahaja harganya RM12.90.
Close up pouch comel ni. Dania dapat warna biru dan saya warna merah jambu. Hehe saya pun nak juga sebab comel. Boleh la masukkan apa2 pun dalam ni. Nak masukkan telekung travel pun muat. Ada pemegang kat atas dan boleh ditarik pouch ni untuk tutup.
Ada tak yang suka beli benda comel-comel ni?
Comel je saya beli, yang tak comel saya tak beli....jenuh la kalau banyak yang comel 😅
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.