Makan dengan blogger di Cili Kampung, Alamanda

Mulanya nak makan kat Mak Kimbong. Nasib baik Mulan check hari isnin tutup jadi saya suggest pula makan kat Cili Kampung di Alamanda. 

Dania pegang phone masa ni. Meh ambik gambar Aunty semua. Dania ikut sekali sebab kelas habis jam 12 tengahari. Itu pun 11 lebih dah call suruh ambik dah. Petang tak ada kelas. 


Teringat bawa Dania dari dia kecik lagi duduk baby chair sampailah sebesar ni jumpa kawan-kawan. Harap-harap lepas ni boleh juga keluar makan dengan ummi walau Dania dah kahwin. 


Salah satu gambar lama Dania teman ummi. Masa ni Dania 3 tahun sebab tahun 2007. Rambut satu line je. Hehe.


Gambar belah sini terang sikit. 


Mulan minta ambik gambar belah sini sebab ada lukisan. 



Ok kita tengok menu apa ya. Ini sambal tiga negeri. Bila nampak cili api ni rasa macam makan kat Lesong di JB pulak. 


Telur dadar haruslah ada ya. 


Nasi ni memang ada lebih lagi. Portion kat Cili Kampung ni memang meriah ya. 


Ni sayur kacang buncis dengan telur. 


Daging masak lemak cili api. 


Semua menu dah ada atas meja ni tapi kita tunggu rakan blogger yang lain ambik gambar dulu. Hehe. Macam tak biasa dengan blogger ni kan. Aktiviti wajib ni. 


Cenderahati tukar-tukar hadiah. Tak disebutkan pun tapi setiap seorang bawa hadiah untuk semua. Buah tangan dari Mulan ni. Ada keropok lekor juga tapi saya letak dalam peti ais la. Mulan ni tahu tak saya ni memang suka keropok. Keropok apa pun saya suka ikan ke, lekor ke, keropok udang ke ayam ke. Eh semualah....Terima kasih Mulan. Selain tu ada tudung dan rempah ayam madu dan sambal hitam. 


Dari Fanny. Sukanya ada minyak Habibie bau baru. hari tu saya dapat sakura. Suka sangat. Kali ni lily pulak. Yayyyyy....terima kasih. Semua pun suka ya...bukan Habibie ajer. Terima kasih Fanny. Katanya tak boleh bawa banyak2 sebab travel seorang je. Ini pun rasanya memang best dah ni bagi saya. 


Hadiah dari Carneyz. Ya allah sukanya dapat lotion Cath Kidston ni. Dulu masa Carneyz bagi pun saya suka bau dia sweet ajer. Terima kasih Carneyz. Semua saya suka ya. 


Berborak sambil makan...kemudian selesai sebelum jam 4 petang. Kena keluar dari Putrajaya ni sebab takut bertembung dengan orang kerja pula. 

Masa saya nak bayar, ada orang tolak saya sebab beliau insist nak bayar. Kena tolak gais (Baca : tolak manja).....hahahaha...ok nanti lepas ni my turn pulak la ya. Beriya dah saya senyap2 ke kaunter dah tu. 😅. Moga murah rezeki dan dipermudah semua urusannya. 

Moga ada rezeki lagi lepas ni ramai-ramai kita jumpa ya. Oh ya paginya Suzi yang jumpa Fanny. Petangnya kami pulak. 😅




XOXO,
Ezna

 

18 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. best if dpt join mkn dan gather beramai2 dgn uolls! tapi semlm i ada meeting 3 pm, tu i pergi jumpa fanny sesi pagi tu :) tak per, kita cari masa yer dating2 :) lama dh i tak jumpa u..dan i tak pernah jumpa mulan lagi so far...byk2 gmbr ramai2 tu, i suka yg ada background painting tuuu

    BalasPadam
  2. hadiah semua best dan cute2 laaaa..i likeeeee

    BalasPadam
  3. Hahaha comel betul bab kena tolak kat kaunter tu! Biasalah gila-gila blogger kalau bab belanja ni, semua nak rebut bayar dulu. Moga murah rezeki yang belanja tu. Seronok tengok vibes gath uolls, nampak meriah dengan hadiah masing-masing!sorry x dapat join sebab jadual kerja kita padat..

    BalasPadam
  4. Nasib baik tak jatuh tersungkur kena tolak ye sis Ezna hehehe. Gurau2 je. Makanan semalam sedap2, portion besar sangat. Nasi tu bawak balik & panaskan semula utk makan malam still tak dapat nak habiskan 😅

    BalasPadam
  5. Meriah betul jadual Fanny, mesti Fanny pulang dengan gembira.
    Next time datang sana nak try makan di Cili KG ni juga.. anak Sis kata sedap, dia dah pernah makan sini..

    BalasPadam
  6. sronok dpt jmpa kwn2 blogger ni...mkn2 borak2..dpt ole2 meriah

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat jumpa kawan2 blogger. Menu semua nampak sedap. Mesti meriah berborak tu.

    BalasPadam
  8. sukanya tengok dari blogger dapat jadi buddies
    kenapa dengan tangan kak Mulan tu kak Ezna?

    BalasPadam
  9. Wahhh..Bestnya dpt gathering mcm ni. Yg buat tambah best dpt goodies tu =D

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dapat berkumpul. Dari Alam Maya ke Dunia Nyata

    BalasPadam
  11. Sorry sorry kesian Ezna. Mentang2 hubby main rugby ehh. Seronok sangat baru ni dapat jumpa makan2 walaupun sekejap.

    BalasPadam
  12. Haha comel je dua² pakat berebut nak bayar hihi .. tapi seronok tengok semua, macam dah lama kenal kan... Semoga ukhuwah berkekalan hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  13. insyaAllah, mesti Dania akan selalu teman mama dia...
    semoga ukhwah terjalin selamanya, aamin

    BalasPadam
  14. Memang kelakar sangat kalian berdua 🤣🤣🤣🤣. Thank youuuuu kak Ezna, ini memang sedap2 rasa makanan yg dijual. Saya betul2 sukaaa rasa daging masak lemak nya 😍😍😍😍. Masih terbayang sedapnya puuun. Memang sesuai nama cilj kampung yaaa. Tiap makanan ada cili 😅😅.

    BalasPadam
  15. Tak cukup kuat tolak tu... lepas ni kena pegi gym

    BalasPadam
  16. Kihkih.. comel laa uols.. boleh dibayangkan tolak² tu.
    Oo Cili Kampung ada juga kat Alamanda. Pernah nak masuk kat KLCC, kemain panjang beraturnya.

    BalasPadam
  17. Dania kena jadi photographer mama2 ni hehe. Seronok tengok geng blogger gathering dan makan2

    BalasPadam
  18. Wahhh..seronok n meriahnya Kak Ezna...
    Semoga ukhwah sampai bila-bila...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.