Terkejut ke Dania bila ummi skodeng?....

Bila Dania cerita yang Dania memanjang je kena jaga kaunter ni....saya pula tak pernah tengok kan....jadi sebelum Dania balik kerja tu saya datang la 1 jam awal sebelum Dania dijadualkan closing counter tu. Tukar syif pula dengan yang kerja petang. Saya siap sedia dah phone kat tangan. Hehe.

Takkan la datang saje-saje. Saya beli la powder foundation saya yang nak habis ni. Sebelum tu tanya je la cik kat kaunter ni mana ke tempat Glad 2 Glow ni. Serasi pulak dengan brand ni kan....so Dania pun tunjuk la kat mana....siap datang tempat saya cari-cari powder foundation ni sebab nak bagi basket 😅. 


Kat kaunter Dania, depan saya ada orang jadi kaunter sebelah dah panggil saya. Saya kata nak bayar sini je. 😆. Sorry la ya...saya nak anak saya yang layan kat kaunter ni. Tersengih nampaknya Dania. Familiar tak basket ni?. Ni salah satu KPI orang yang jaga kaunter. 


Belakang tu PWP (Purchase with Purchase) pun KPI kepada pekerja Watsons di bahagian kaunter. Kena capai beberapa PWP untuk setiap syif. Ni saya kena scam dengan anak sendiri ya....Ummi beli la PWP ni ambik wet tissue bau Freesia. Ada 3 wet tissue ni dengan harganya RM3.58 untuk 1 set. Wet tissue ni memang berguna. Kecik je wet tissue nya. Bau dia sweet ya....ada bau lavender, freesia, magnolia. Freesia bau dia sweet sangat. 

KPI pekerja Watsons di bahagian kaunter ialah : 

1. Kena promote jadi member Watsons.
2. Kena promote Purchase with Purchase (PWP). 
3. Kena bagi basket yang pekerja kaunter akan scan

Jadi kalau perasan, tiga ni yang akan pekerja kaunter / pekerja Watsons promote. Next time you alls tahu la sebab apa ya?. KPI (key performance indicator) mereka. 

Pekerja Watsons kat bawah ni juga siap key in no telefon sebab tak keluarkan kad Watsons. Confident je key in tanpa tanya saya. Hehe. Ye lah of course Dania hafal la nombor umminya. Jadi boleh je suruh pekerja letak nombor telefon kalau terlupa bawa kad ya. Boleh tambah points nanti dan boleh guna points untuk kurangkan harga barang. 


Ni lah store Watsons yang Dania kerja tu. Ada 2 pintu. Busy dia kalau Sabtu dan Ahad tu memang tak ada masa nak berehatlah. Kalau jaga kaunter lagilah ya....berderet....banyak cerita juga kat kaunter ni. Dengan Kak Lina Pom Pom datang beli barang kat kaunter sebelah, dengan Uncle dari Hong Kong nak guna website Watsons tapi terlupa password. Nasib baik boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Dania nak bantu tapi website tu tulisan cina 😅. Macam mana la kan?. Macam-macam ya....


Tak jauh dari Watsons ni ada Marrybrown jadi saya makan bubur ayam. Ada chilli prawn juga untuk compliment bubur ayam saya. Air tu ice lemon tea. Tak pernah jemu dengan bubur ni....kan saya salah seorang peminatnya. 😋


Singgah masuk Poplook pula. Cuci mata sahaja tapi takut juga tercuci poket sekali. 


Comel sangat la baju ni. 


Denim skirt ni pun cantik. 


Ada heart kat skirt. 


Mujur hanya cuci mata je kat Poplook ni. 

Kemudian saya duduk kat tempat duduk berdekatan dengan Watsons ni. Nak tunggu Dania dulu sebelum masuk Lotus. Nak beli daun sup dan daun bawang sebab plan malam nanti nak buat nasi ayam. Eh eh tunggu-tunggu Dania buat closing untuk kaunter tu (mesin kira) tak selesai lagi jadi saya terus turun Lotus la. 


Balik rumah rehat dan selesaikan apa yang patut dulu sebelum saya masak nasi ayam. Lama tak masak nasi ayam ni sebenarnya jadi teringin pula. 


Sup nasi ayam tu selambak saya letak daun sup dan daun bawangnya...tu yang bila ambik supnya banyak la dedaunnya tu. Ayam ni saya rebus dulu kemudian lumur dengan sos tiram dan kicap. Goreng sekejap je ni. 


Ada juga daun salad butterhead dan tomato ceri tu. Daun salad butterhead ni sedap la sebab tak pahit.

Soalan terkejut ke Dania bila ummi skodeng? (tajuk blog post hari ini). Hehe jawapannya tak terkejut sebab Dania tahu ummi dia memang suka skodeng 😅. 




XOXO,
Ezna








 

4 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. ha ha ha.....MA pun masa Ian & Iris keja dulu..ada je gi skodeng..suka suka kann

    BalasPadam
  2. haha..comel je. kakLM tak pernah skodeng anak lagi. tempat kerja nya tak boleh masuk

    BalasPadam
  3. Oh! kaki skodeng rupanya. ha ha ha. Tak apalah skodeng anak sendiri.

    BalasPadam
  4. Kalau hari-hari skodeng, hari-harilah kena membeli dan kena scam kat kaunter ye beli PWP tu. hihihi..Dah biasa dah dengan KPI dorang. Kalau ada keperluan boleh beli, kalau tidak cakap tak je lah untuk PWP tu. Biasa bagi no phone je. Malas nak bawa kad watsons tu buat tebal purse. Sedapnya nasi ayam. Sedap tu makan selepas masak panas-panas.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.