Buat lamb patty

Untuk subjek elektif Logistics and Supply Chain of Livestock Products, kena create satu produk jadi group Dania pilih nak buat lamb patty (patty burger kambing). Dagingnya Dr. ambikkan dari ladang amali kalau tak silap. Masa tu kelas online disebabkan jerebu jadi Dr. yang ambik inisiatif nak ambikkan lamb patty ni kat ladang amali. 

Lagi 2 group pilih nak buat telur masin dan mayonis. Semuanya produk dari ternakan la. 

Ni daging kambing ni dicampurkan dengan bahan-bahan seperti serbuk bawang putih, garam, dan bahan yang lain. 


Kemudian dibentukkan menjadi bulat. 


Lamb patty yang telah siap diletakkan di atas parchment paper. Dah macam course kulinari la pulak padahal animal science. 😅. 

Dania bawak dari rumah parchment paper, garam dan bekas hitam nak letak daging. 


Ni group Dania ni 5 orang. Rare sangat ni sebab Dr. Nizam yang ambik gambar guna phone sendiri. Dalam kelas elektif ni ada 15 orang jadi ada 3 group. Dania kata alah ummi, student pun ada 3 group je. Boleh la Dr. Nizam ambik gambar. 


Ni masa group Dania tengah prepare ni. Dania kata dia tukang potong tapi saya tak ingat potong apa. 


Kenapa nak kena sediakan produk ni?. Subjek ni ialah Logistics and Supply Chain of Livestock Products. Nak tengok produk yang dihasilkan tu selamat ke untuk dimakan?. Dania kata 2 daripada lamb patty akan dimasukkan ke dalam chiller dan selain itu, lamb patty akan dibungkus. Nak tengok apa kesudahan produk tersebut. Kononnya adakah produk tersebut selamat untuk dimakan oleh pengguna?.

Dania kata classmate kata patty yang group Dania buat tu berbau wangi. Belum grill lagi tu. Next week baru nak grill. Hari Jumaat (30 Oktober 2026) nak kena datang lab pagi untuk membungkus patty ni pulak. Dania seorang je takde kelas hari jumaat. Yang lain-lain tu ada....kelas bahasa la, elektif yang lain....jadi kena tunggu semua ada baru nak pergi sama-sama buat packaging. 

Macam-macam juga yang mereka kena buat ni. Kalau kawan-kawan Dania yang pilih subjek elektif Dairy production, kena buat cheese. Siapa yang masuk elektif Small Ruminant pula baru-baru ni melawat Kambing Yang Aneh. Famous ni selalu buat live kat TT dan Facebook....Acik Angkel....dengan kambing dia yang memang aneh 😅. Ada yang tengok ke?. 

Gambar kat tempat Kambing Yang Aneh. Comelnya kambing pakai baju. Ni Dania dapat gambar dari kawannya yang ke sini. 

 
Dania kena pilih 9 subjek elektif. 3 dah ambik sem ni jadi lagi 6 elektif akan diambil untuk sem 6 dan sem 7. Sem 8 kena intern pula. Elektif ni kadang ikut nasib juga sebab elektif dengan subjek / lecturer yang best selalu student akan berebut nak masuk kelasnya. Dania pula dia pilih elektif ni ikut lecturer yang best dan subjek yang tak sesusah macam genetik dan adik beradiknya 😆. Diantaranya ialah Applied Livestock Genetics and Breeding tak pun Animal Cytogenetics. Kenapalah asal genetik je mesti Dania takut nak ambik?. Dania kata sebab banyak sangat nak mengingatnya. 

Apa-apa pun...moga berjaya Dania ya...

Student yang pilih subjek elektif Logistics and Supply Chain of Livestock Products, inilah salah satu amalinya ya....All the best siapa yang pilih elektif ni.





XOXO,
Ezna

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kan... Dah macam course kulinari. Apa-apapun moga maju jaya Dania!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.