Lambat post ni keluar tapi masa Dania habis paper last pada 21 Julai 2026, hubby kata malam tak payah masak sebab kita nak makan luar. Lagi pun Dania nak mula kerja dah 22 Julai 2026. Tak tahu nanti jadual macam mana kan. Kali ni kami nak ke sini kami booking tempat dulu melalui online.
Diberikan menu untuk kami pilih.
Hmmm....nak makan apa ni?
Kami order Buff Wings. Ada 3 kepak dan 3 drumstick. Ada sos sekali la. Sos ni macam ada rasa masam-masam sikit tapi ayam ni crunchy luarnya dan ada juga rasa manis. Bergabung la rasa masam dan manis tu.
Mac & Cheese Dania.
Pizza yang dipilih ialah Holy Honey Pep. Ada pepperoni dan basil atas pizza ni. Ni saiz regular.
Saya letak chilli flakes dan sabasco sauce. Tudiaaa pedas betul Sabasco Sauce ni....tapi sedap. 😅
Puas hati la nak makan kat sini sebab sebelum ni nak makan kat sini hidangan dijangka tiba lewat yang menyebabkan kami makan kat Restoran Serai tu.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.