Ada satu hari tu di hari jumaat, Dania kerja petang jadi saya plan nak makan petang dulu la dengan Dania kat CBTL (The Coffee Bean & Tea Leaf).
Dania yang order kat kaunter.
Nampak menyelerakan je dalam cermin ni. Nak minum petang je. Makan berat dah pun kat rumah.
Makan dah dapat.
Strawberry Matcha ni Dania punya.
Hari jumaat masa tengahari ramai orang perempuan la.
Saya minum jus apple.
Ni lah sebabnya nak minum petang kat sini sebab nak makan scones. Ada mentega, jem dan whipping cream diberikan. Scones kat CBTL ni lembut betul. Tak rapuh ya....ada pernah makan scones ni dia jenis keras dan rapuh sikit.
Air yang Dania tak habis ni masuk dalam paper bag. Nanti nak masuk dalam locker jadi proper sikit la. Nasib baik tak ada semut ya.
Lagi gambar ibu dan anak.
Dah bersiap nak ke tempat kerja. Kena jalan sikit dan naik escalator 1 tingkat kat atas. Takde la jauh mana dari CBTL ni. Siap dah name tag.
Ummi pun nak jalan sekejap dalam ni. Dania jalan la ke tempat dituju.
Ada masa terluang sempat la menyelit sikit aktivitinya.
XOXO,
Ezna





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.