Bila kawan-kawan Dania nak pergi staycation. Ummi Dania bagi gift untuk staycation. Kali ni 5 orang je boleh pergi sebab lagi seorang tu ada hal. End up 4 orang je boleh pergi sebab ada seorang kawan Dania tu tak cukup tidur dan sakit perut. Tak cukup tidur sebab group discussion untuk menghasilkan projek engineering. Kawan-kawan Dania yang ambik engineering ni kadang-kadang nak siapkan assignment sampai tidur lewat.
Pilihan saya ni ialah.....
Baju tidur comel macam kat bawah ni.
Semua gambar di bawah diambil dari shopee sebab saya beli barang pun kat shopee. Saya pilih semuanya saiz L walaupun semuanya bersaiz M sebab kalau baju tidur ni besar sikit ni selesalah. Lagi pun takut bila beli baju tidur online ni saiz dia bukan true to size tapi 1 size lebih kecik dari saiz sebenar.
Ada yang paras lutut dan ada juga yang dipilih tu labuh. Walaupun baju tidur je tapi saya beli yang sopan la kan. Siapa yang tak pergi staycation pun dapat jugak.
Baju tidur gajah tapi versi comel la.
Baju tidur gambar teddy bear kecik kat baju dan seluar pulak design berkotak.
Ini macam Pooh je ni. Penuh kartun pooh kat seluar tu.
Ini pula teddy bear lagi.
Lepas tu setiap seorang akan dapat Sleeping Eye Mask. Dalam tu ada gel yang boleh dibawa keluar. Boleh masukkan dalam peti sejuk gel tu untuk efek sejuk.
Macam-macam la bentuknya...kucing biru tu Dania dah cop dah.
Moga mereka suka dengan hadiah ini. Tak besar mana tapi adalah. Saje suka-suka.
XOXO,
Ezna











Alhamdulillah..seronok tu dapat hadiah..
BalasPadamAlolo cumel-cumel semua pilihan Ezna untuk puteri kesayangan... mesti happy kan :)
BalasPadamWah bestnya dpt new pyjamas & eye mask =D
BalasPadamcomelnyaaaa....namapun aunty Ezna kan..suka bagi hadiah kat anak- anak gadis ni...Dania pun pernah dapat...hehehe....
BalasPadamBagusnya umie ni. Mesi kawan Dania seronok dapat hadiah.
BalasPadamuntung la kawan kawan Dania... nak masuk list kawan dania bole hahaha :p
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.