Interview di Al Salam Farm kemudian ke Q Bistro

Alhamdulilah, baru-baru ni Dania dan kawan-kawan dah selesai interview owner Al Salam Farm dah. Nak settle kan sebelum bercuti semester nanti yang dijadualkan 9 Nov - 15 Nov 2026. 

Ni jalan masuk ke farm ni. 


Kawan-kawan Dania dalam 4 orang tu naik kereta Mazda Wenbin. Pelajar dari China ni memang ada kereta. Katanya duduk berdekatan dengan Mines. Senang nak mencari makanan cina. 

Nampak ada tambahan kambing dari yang kami datang sebelum ni untuk survey tempat. 


Kambing tengah in heat / on heat. Yi Lin kata ada pembiakan natural la. Rupa-rupanya kedua kambing ni jantan. Kalau tengah in heat / on heat, jantan pun boleh cumanya tak akan terjadi embrio kambing la. 


 Yi Lin kira berapa ekor kambing kat sini dan ternyata 49 ekor. 


Belakang : Wenbin, Suaidah
Depan : Dania, Yi Lin dan Melissa


Masa ni mereka tunggu Mohamed tak kunjung tiba. Mohamed hantar daging kambing kat Seri Kembangan. 






Nasib baik tunggu Mohamed pun tak lama. Kat dalam tu anak saudara Mohamed yang hanya tahu berbahasa arab. 


Comel yang berwarna putih ni. 


Kambing yang ni kena tambat sebab kepala dia luka. 


Mohamed sibuk menjawab soalam yang ditanya. Wenbin bila suruh tanya dia kata tak ada soalan nak tanya. Mohamed kata nak besarkan farm ni dengan bela rusa pula. 


Dania sibuk tengok soalan agaknya. Permintaan daging kambing ni amat menggalakkan kerana pelanggannya terdiri dari orang mesir pemilik kedai nasi arab kawasan sekitar. 


Selesai interview, mereka lapar sebab start pun tadi jam 9 pagi. Yi Lin ada pass biskut kat Dania juga. 

Wenbin yang terpaling orang Malaysia sebab makan nasi lemak, Suaidah makan putu mayam, Yi Lin dengan carbonara, Dania mi sedap goreng dengan telur mata dan Melissa makan Chicken Chop. 


Wenbin ni sesekali Yi Lin akan cakap cina dengan dia. Wenbin pun boleh berbahasa inggeris dan bahasa kita ni cuma 1,2,3, makan, ayam, terima kasih. Susah juga la kan kalau limited bahasanya. Jadi cakap bahasa inggeris je la. Ada 5 orang pelajar China kat kelas Dania. 2 orang pelajar tu susah sikit nak faham bahasa inggerisnya. Pekat sikit slang dia. 


Dah selesai bab ni nak kena evaluate la farm Al Salam ni. Mungkin ada presentation juga untuk subjek Resource Planning and Evaluation. . 




XOXO,
Ezna
 


2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.