Malamnya selepas Photoshoot di Kuala Kedah, kami mencari la tempat makan. Kalau di Alor Setar ni ada kedai masih tutup lagi ya. Masih 1 Syawal lagi jadi terjumpa tempat makan ni Western Burung Hantu.
Meja dan kerusi diletakkan di bawah pokok bucida.
Jadi cantik pulak tempat ni.
Lampu-lampu pula digantung sepanjang pokok.
Tengah kami menunggu makanan kami sampai, datang seorang pakcik ni menegur hubby. Saya ingatkan orang sekampung hubby tetapi....
Eh....tak kenal la sebenarnya. Berkali-kali pakcik tanya hubby nama siapa, tinggal kat mana? Kerja apa? Tapi.....satu yang peliknya...baru je pakcik tu tanya soalan yang sama....elok je dia nak pergi kat meja keluarganya....dia singgah balik meja kami. Pakcik tanya soalan yang sama....nama siapa, tinggal kat mana, kerja apa....
Ini dah pelik dah ni kan....kemudian baru je nak pergi balik meja keluarganya yang kebetulan sebelah meja kami....pakcik tanya saya....'What's your name?' Saya cakap Yasmine. Entah apa dibebelnya nama Yasmine ada seakan nama siapa agaknya. Kemudian pakcik tanya saya 'Suami ada lagi ke dah mati?' 😅. Saya kata ada. Aihhhh Pakcik ni....depan saya ni siapa Pakcik?. 😅 Pakcik tanya lagi kerja kat mana? Saya kata kat Amerika....Oh.....bawak kapal terbang ke?. Saya kata tak....kerja komputer....cakap pi lah sebab bila cakap yang betul pun tak ingat jugak. Ditanya juga siapa nama suami?. saya cakap la nama siapa-siapa pun....sebelum tu pakcik tu memang ada tanya nama hubby.
Sebelum tu elok je dia nak pergi balik ke tempat keluarganya...dia tanya balik saya gais....What's your name?. Udah hubby cakap Pakcik tak lenguh ke berdiri lama? Logiknya hubby nak suruh Pakcik tu faham-faham la pergi ke meja dia. Hehe. Terus pakcik tu kata dulu zaman British dia kayuh basikal. Tiba-tiba dia buat tabik hormat dan terdengar dia macam nak berkawad....disebutnya left right left right. Jem dah ni....haha...kebetulan makanan pun sampai dah....
Dua gambar di bawah ni bukan Teme Abdullah 😅. Terpaksa blurkan wajah sebab tak nak orang kenal.
Masih lagi dok bertanya-tanya hubby saya. Hmmm.....tak selesalah bila ada orang bercakap kita makan pula kan?.
Saya Spaghetti Aglio Olio. Hubby dan Dania Spaghetti Carbonara.
Close up Spaghetti Carbonara.
Spaghetti Aglio Olio dengan isi ayam. Saya rasa lagi ngam kalau isi seafood.
Pakcik tadi ke mana?. Pergi ke meja lain pulak sebab ternampak satu budak tu rambut coklat. Dia kata macam anak orang putih. 😅. Nak marah....pakcik....dah bagitau info, ditanya-tanya lagi. Saya rasa pakcik ni dimentia la. Kejap je lupa dia ada berborak dengan kami. Jadi tu yang dia datang lagi ke meja kami berkali-kali....
Bila nak balik, keluarga pakcik tu kata maaf ya. Apa yang perlu dibuat jika terjadi situasi macam ni?. Keluarga pakcik tu tak tarik pun tangan pakcik tu suruh duduk kembali ke meja meraka. Dibiarkan je berjalan-jalan dari meja ke meja. Keluarga tak berborak ke dengan pakcik tu?. Banyak juga persoalannya. Sebenarnya kalau berlama-lama kat meja orang lain tu agak tak selesa jugak la sebenarnya. Dah tak privacy keluarga tu nak berborak dan nak makan.
Jadi, makanan kat sini ok ke?. Saya rasa nak kata sedap sangat tu tak la tapi ok je rasanya. Elok la buka juga tempat makan ni dari tutup kan. Tapi....tempat makannya cantik la sebab dikelilingi pokok-pokok bucida yang rendang dan digantung lampu macam ni.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.