Battle tiket untuk konsert BTS Arirang ni tak terhenti pada hari pertama je jadi cuba je la hari ketiga iaitu General Presale. Orang kata kali ni punya battle lagi susah nak dapat tiket sebab semua orang boleh battle walaupun bukan Army.
Waiting room jam 10, masuk dalam queue jam 11 pagi. Ni kat bawah ni tengah queue la ni. Macam dah dekat nak tiba ni jam 1.40 petang. Masa ni tengok bilangan yang queue ialah 900,000++.
Katanya masa kat waiting room tu, sistem yang akan tentukan siapa yang akan mara dulu. Tak ikut siapa yang masuk dulu waiting room.
Dalam 2 lebih petang turn saya dan bila ada bunyi ting je kemudian, kena masukkan huruf dan kemudian kena gerakkan jam. Lepas tu baru ada tertera seat macam kat bawah ni. Kena click yang tempat hijau tu. Kalau tak ok sistem minta kita pilih tempat lain. Banyak juga la saya click dan hampa.....rasa-rasa mau 30-40 seats. Hampir nak give up juga la.
Kemudian ada 1 seats ni saya click dan terus ada tanda ✅ dan terus bawa saya ke payment page. Tak fikir panjang dah dan terus type nama, no kad, alamat, email, nombor telefon dengan berhati-hati. Dah kenapa la kena type alamat rumah pulak....mau berpeluh type semua sebab masa diberikan hanya 10 minit.
Dan akhirnya....sistem pun berpusing-pusing dan kita kena approve kat akaun bank kita dan Congratulations!. Kemudian kita akan dapat secure la tiket kita walaupun saya dapat 1 dah ok dah....
Sebelum event
1. Pastikan amount mencukupi siap sedia dalam akaun. Kalau boleh kena lebihkan supaya mencukupi untuk membayar SST etc....
2. Transfer limit yang mencukupi untuk bank supaya nanti transaksi tidak terganggu. Kalau Maybank, perlukan 12 jam jika nak tukar transfer limit.
3. Jikalau transaksi yang digunakan untuk pembelian menggunakan wang negara lain, kena inform bank supaya bank tidak sekat transaksi tersebut.
Hari event
1. Membuka website menggunakan pelayar Microsoft Edge.
2. Bersedia sebelum waiting room dibuka. Kemudian bila waiting room lagi berapa minit je nak buka, saya refresh la page kat Go Live Asia dan terus click untuk queue.
3. Saya menggunakan hanya satu device iaitu laptop. Guna wifi rumah je yang berkelajuan 800Mbps. Mulanya nak ke Cyber Cafe tapi rasa malas sebab saya seorang. Kalau ada Dania mungkin saya ke Cyber Cafe.
4. Bila kena select tarikh dan seats tu saya lebih target untuk Day 2 iaitu pada 13 Disember 2026.
5. Saya sentiasa click setiap seats yang kosong tu. Tips kat sini jangan give up walaupun bila time click tu kita kena pilih seats yang lain pula.
6. Bila dah berjaya secure tiket tu kena masukkan details yang betul. Semak beberapa kali untuk mengelakkan kesalahan tapi within time given la 10 minit tu.
***Cumanya part insurance yang saya terambil. Ikutkan tak payah ambil untuk kurangkan kos. Bab ni tak perasan kat mana saya click 😅. Gabra ya....susah nak tenang dalam situasi macam ni sebab kena kejar masa.
Akhirnya 1 seat milik saya dan Dania pun tak percaya....ummi dapat 1 seat?. So...boleh la ajak sesiapa join sekali....😍
XOXO,
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.