Bila Dania kena buat lamb patty dan kena membeli beberapa bahan masakan.....masa ni beli burger bun, sos cili dan ada cheese juga. Sabun tu pun baru beli kat Watsons berdekatan sebab buy 1 free 1. Beli buat stok.
Gambar ni selepas memberi barang, lepak kat A&W Evo Mall tu. Tapau sekali A&W sebab kalau nak masak takut lambat sebab Dania kena ke fakulti pula nak timbang kambing yang disembelih hari sebelumnya.
Saya ada cerita kan yang Dania ada buat lamb patty untuk subjek Logistics and Supply Chain of Livestock Products. Kena create la produk dari livestock ni. Ada 3 group di mana ada group yang buat telur masin dan mayonis juga. Kena menggunakan bahan dari livestock.
- Telur masin dari telur itik
- Mayonis dari telur ayam
- Daging kambing dari kambing
2 burger ni Dania dan group share makan. Dalamnya ada lamb patty yang group Dania sediakan. Lepas tu letak la dalam burger bun yang ada daun salad dan cheese. Kemudian letak pulak sos cili. Manakala yang daging kambing tu letak lidi untuk kawan-kawan merasa. Sensory evaluation namanya.
Kawan-kawan group lain kena evaluate la berapa markah yang nak diberikan kat group Dania dan group Dania akan evaluate markah group lain pula. Kena merasa lamb patty cicah sos dan makan begitu sahaja.

Kepingan patty dipotong kecil supaya satu kelas dapat merasa. Kelas pun ada 15 orang je sebab kelas subjek elektif.
Markah yang group lain evaluate akan masuk la dalam markah amali untuk subjek ni. Moga group Dania dapat markah yang bagus. Interesting ada amali memasak ni takdelah bosan asyik belajar je kan....sesekali jadi chef la pulak. 😅.
Kalau ambik subjek elektif Logistics and Supply Chain of Livestock Products untuk Animal Science, inilah salah satu aktivitinya.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.