Kedai bunga Bungaa by Gift etc

Dah banyak kali lalu kedai bunga dalam IOI City Mall ni kalau nak ke Musolla IOI City Mall. Musolla ni tempat diadakan solat jumaat jadi kalau nak shopping hari jumaat kat sini nak bawa anak2 atau suami ke boleh solat jumaat kat sini ya. Maksud saya kat Musolla la....


Jom la masuk kedainya nak tengok apa yang menarik. Ada pasu-pasu dijual. 


Belah kanan ni bunga Gerbera. Ada yang panggil Daisy jugak. Kiri ni Carnation atau Teluki.  


Close up Gerbera dwi warna. Unik sangat. Selalunya satu warna je. 


Bunga lain pun ada. Saya suka warna ni....


Warna putih nampak suci je. 


Gerbera pun ada jenis macam ni. Bukan mati bunga ni tapi jenis macam ni. Ala ala sesungut sotong tu Tak tahu nak buat perumpamaan macam apa....haaa macam ala ala rumpai laut yang Nemo menyorok tu. Unik...ni kali pertama saya tengok Gerbera jenis ni. 


Harga bunga yang dah sedia untuk dibeli dan diberikan kepada sesiapa yang bertuah. 


Bunga kait ni tahan lama. 


Bunga yang diletak dalam kotak atau dihias begini pun dijual juga. 


Ni bunga tiruan ni....bagi saya cantik juga. 


Best betul la bila masuk kedai bunga ni. Terapi mata sungguh walau tak beli. 😍. Sebelum nak ambik gambar....kena minta izin dulu ya. Saya kata nak masuk dalam blog. 

Bukan hanya ada dalam IOI City Mall ya. Kedai Bunga Bungaa ni ada juga di :

HQ
Lot No. 28-G, Jalan Durian Emas 4,
Betaria Business Centre,
70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Cawangan 1
Lot No. C3-G, Ground Floor Seremban Gateway,
Off Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.