Menu iftar hari-hari terakhir

Kali ni hidangannya...kerang rebus, sayur pak choy dan udang bertelur. Telur tu sepatutnya masuk kuning telur je dan masukkan sikit2 dalam kuali dan kacau bentuk pusingan. Kalau masuk kuning telur je telur bertali ni akan rasa rangup. Ni saya sayang nak buang putih telur. Bila dah berbuih telur tu masukkan terus garam sikit, bawang putih cincang, cili api dan daun kari. Udang tu siap2 goreng dulu. Lepas tu campurkan la udang dalam ni. Siap dah la. 


Hari selepasnya itu saya buat sup bayam tapi masukkan sikit ayam yang dipotong kecil. 


Lauk lagi satu saya buat ayam bakar yang diperap dengan bawang putih/bawang merah/halia dikisar, garam sikit, sos cili, sos tiram, kicap kelapa Pura, serbuk mushroom Pura, serbuk truffle Pura, serbuk oregano, serbuk cili, minyak sikit dan madu. 

***Barangan organik masakan Pura ni Fanny yang bagi. Terima kasih Fanny. 

Taraaa jadilah seperti ini. Ayam ni dibakar dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Madu yang membuatkan ayam ni berkilat. 


You alls dah balik ke kampung halaman masing2 ke tu?. Kami dah gerak khamis malam dah. Doakan perjalanan pergi dan balik kami ya? 

Moga perjalanan kawan-kawan semua selamat pergi dan balik ya..



XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.