F1 Gulf Air Grand Prix Bahrain in Malaysia | Day 2 Qualifying

Eiiii geram pula bila nak masukkan gambar ni. Beberapa kali percubaan baru berjaya. 
Ok...pagi yang indah....makan dulu di Warung Kendi Sepang....makan kenyang-kenyang...errr tapi kan saya rasa pass banyak gak kat hubby. Haha. Hubby tukang perabih. 

Mulanya hubby nak drop je kami kat Sepang International Circuit (SIC) tapi jalan tutup ya. Kemudian hubby belok ke Bandar Enstek. Line panjang tapi manageable. Ni beratur nak naik shuttle bus ke SIC. Dalam jam 9 lebih masa ni. 


Ni bergambar dari atas sebab Dania nak ambik gambar topi ada No. 16 


Anak ummi pakai topi No. 16 team Ferrari. Maksudnya pemandu Ferrari bernama Charles Leclerc la. Baju yang ummi beli kat Mitsui tu. 


Hubby ambik video wife dan anak naik bas. Hehe


Bab ni sangat entahlah nak cakap....ni beratur nak masuk Fanzone dan Main Grandstand. Sila beratur sini. Half way I give up. Kaki tak bagi kerjasama. Biar Dania beratur. Actually kaki saya tak tau la kenapa agak sakit. Bila gi urut di Thai Odyssey, uratnya sebenarnya bermula dari bahu membawa ke kaki. Masa urut tu lega la jugak tapi bila hubby yang urut makin lega. Tapi....beberapa hari sebelum tu dah push jalan ke IOI City Mall hujung ke hujung. Kaki mula sakit sikit. Kat sini kena beratur 4km 😭. Saya menyerah duduk kat barisan yang nak masuk balik ke main gate. 


Nak tahu berapa km? 2 km pergi dan kena pusing balik 2 km. Maknanya 4 km. Tambah 1 km nak sama dengan Fun Run dah. Sepanjang jalan, ada yang berborak dengan saya, ada yang letak kipas kat saya, ada yang minta saya join sekali barisannya. Ada yang tengok confuse dah kenapa duduk sini?, ada yang cakap cerdik sebab hantar wakil je kat belakang. Lantak situ nak cakap apa sebab saya punya kaki saya tahulah boleh push ke tak....

Hujung sekali sebelum u turn, ada yang bagi tahu bukitnya curam. Ko rasa?. Masa call Dania pun ada yang Dania cakap belum sampai ke hujung untuk U Turn lagi...., fengsan ok gais....


Meh ambik gambar kat sini. 


Ummi seorang. Tangan kiri saya kat pergelangan tu besar sebab saya pakai ala ala jam untuk tengok live video camera saya. Video camera saya besar tapak tangan je. 


Dah masuk ke Fanzone dan orang ramai sangat2. Lubang hidung pemandu pun tak nampak. Faham ke maksudnya?. 


Dania nak tengok pemandu kegemarannya naik pentas. Charles Leclerc gambar besar belah kiri. 


Masa ni sebelum duduk kat sini....saya sempat tanya polis....saya time tu rasa nak duduk sebab panas sangat. Polis tengok saya agaknya teruk sangat sebab saya macam nak termuntah diberinya saya air mineral sejuk. Ya Allah bersyukur sangat. Nama PDRM kat bajunya Faiz. Kepada Encik Faiz yang bertugas hari sabtu 3 Oktober 2026, terima kasih Encik. Moga Allah mudahkan urusan Encik. Lepas tu dia suruh tunggu lagi. Dia bagi air untuk Dania pulak. 

Lepas tu tunggu la adik saya dan family kat bawah pokok kelapa sawit ni. Berteduh kat sini. Walau pakai topi dan payung, tak lut gak la tetap rasa nak muntah. Silap2 boleh pengsan. Polis tu bagi tahu hari jumaat 2 Oktober 2026, ramai orang pengsan. 

Belakang : Rozlano, Zharif dan Zharfan
Depan : Saya, Dania, Eja (Elza)


Saya nak save energy saya...Jap lagi ada tangga banyak nak didaki. 


Saya suruh Dania ikut aunty dan uncle serta cousin semua jalan ke Bahrain Village. Saya bagi la duit kat Dania untuk beli. Tak kisah la apa-apa pun. 

Aunty dia belanja cendol ni yang harganya RM15 kalau tak silap....


Kebab kenit ni harganya RM39 kalau tak silap. Pun Aunty belanja. Moga murah rezeki Eja sekeluarga ya. Jenis tak kisah pun nak belanja banyak mana untuk orang yang terdekat. Selalu sangat...tau tau ada duit masuk dalam akaun saya. Ni adik saya yang ni lah. Dah tak kerja dah sebab nak bagi sepenuh perhatian kat anaknya 2 orang ni. Seorang nak SPM tahun ni. Disebabkan nak jadi tutor untuk anak, sanggup belajar balik Matematik ya....jawatan dan gaji pun selesa tapi pilih jalan ni. Lepas tu pemurah pulak tu. Oh ya memang anaknya yang nak SPM ada join juga online tuition tetapi adik saya mengajar juga. Adik saya ni scorer masa zaman sekolah dulu. Interview JPA kata nak hantar luar negara. Adik saya kata nak masuk kat PPP dulu. Akhirnya tak dapat ke luar negara bila currency ke UK darab 8. Kalau masih ingat tahun tu la. Kemudian adik saya ditawarkan Uniten untuk sambung belajar. 


Complete set. Bentang tikar pulak. 😅. Kami makan kat sini, pergi tandas area sini dan singgah surau untuk solat Zohor dulu. Settle semua orang barulah kami akan bergerak. 


Heli ni berlegar-legar kat atas sebab ambil gambar dari atas secara live. 


Kat stage area Main Grandstand. Ada orang Arab main alat tradisional lagu F1 pakai helmet tapi baju jubah. 


Dania dengan kereta yang dipamerkan. Belakang tu Bahrain Mall / Village. Dania siap ambik manisan Bahrain dan teh masala. Dapat free ajer. Datang lagi 1 jam dapat free ice cream. Bahrain yang bagi ya. 


Zharif dan Zharfan siap kipas. 


Saya dan Dania. 


Eja dan kekasih hatinya Lano. Lano ni la orang Sarawak tapi dah biasa dah dengan Semenanjung sebab belajar kat UKM Bangi ni ha....


Kereta yang dipamerkan. 


Ambik gambar family pula. Ada team McLaren dan Ferrari la. 


Nak ke tempat kami duduk kena naik bas di depan ni. Tempat tunggu kat luar main gate. 


Naik la bas dua tingkat ni. Bas ni akan bawa ke designated gate. Sebenarnya masa ni driver bus patutnya bagi tahu bila nak turunkan tu gate mana. Terpinga-pinga saya. Itu nasib baik ada orang cina siap map F1 bagi tau ok turun sini ke atau bukan sini. Lagi satu stop. TQ kat you ya. 


Fengsan la ummi nak naik 2 set tangga sebab nak ke tempat duduk kita kat F Grandstand ni. Ya Allah naik lagi....😏


Alhamdulilah tempatnya teduh dari panas dan hujan. Terima kasih abang bagi tempat yang selesa ni. Bukit belah kanan tu pulak tak sure tempat huruf apa...tak silap tiket Madani. 


Bawah ni Marshal dari Bahrain. Pakai coverall warna jingga. Mereka ni aktif pula hari race day. Siap menari-nari. 


Bawa teropong ni sangat la membantu. Mana nampaknya kalau jauh sangat jadi boleh besarkan sikit la objeknya. Sebelah Dania tu sibuk suruh Dania update siapa No. 1-3 sebab dia tak nampak kat screen besar tu. 


Seronok dengan crowd yang bersemangat ni. 


Haaa ni lah kamera video saya. Kecik kan?. Dengan kamera saya bawa, handphone lagi dan kejap2 pegang teropong pulak. 


Saya pakai ear plug untuk kurangkan bunyi. Kena jaga juga telinga ni gais....


Tengah tu main grandstand. Tempat saya duduk ni boleh nampak pit lane juga. Tapi...kena pakai teropong la. 


Cuaca petang ni mendung juga. Tak macam pagi tadi....panasnya. Dah tua tua ni saya suka sejuk nyaman berbanding panas. Membuatkan saya nak termuntah juga. Tak pun kepala boleh pening. 


Ummi dan anaknya yang memang minat F1. Ummi teman je ni. Disebabkan ini, study sikit-sikit la pasal driver dan at least ummi tak ternganga bila Dania cerita. 😅. So far kenal la beberapa driver yang famous. 


Ada 3 Qualifying pada hari sabtu tu. 
Pemenangnya :

1. Max Verstappen ( Red Bull)
2. Lewis Hamilton (Ferrari)
3. Isack Hadjar (Red Bull) tapi ni kena penalti jadinya Kimi Antonelli tempat ketiga nanti kat barisan berlepas. 

Selesai ketiga-tiga race, saya dan Dania menuju ke tempat tunggu bas. Tak ada yang usher nak tunggu bas belah kanan ke kiri sebab belah kanan dan kiri pun ada bas tunggu kat situ. Sekali bila line belah kiri dah panjang barulah menjerit mamat pakai vest KPPRP (Kesatuan Pekerja Bas Rapid) tu. Saya kata kalau kena tunggu kat situ kenapa tak ada orang usher kat situlah tempat tunggu bas yang betul. Saya pun tak sure dia faham ke tak maksud usher tu....dia jeritkan saya. "Bas berhenti kat sini"....amboiiii sedapnya bahasa ya. Jeritkan kita pula. Lepas tu saya mengadu kat orang Bahrain yang jaga parking. Tiba-tiba dia muncul. Kena faham ya....orang Bahrain the main pengurusan kat F1 ni. 

Orang Malaysia bantu sahaja. Can we wait here? That guy asked us to wait there. Orang Bahrain kata Ok. You can wait here. Saya jeling sikit kat mamat tu. Side-eye saya bagi ya. Ko ingat aku tahu ke mana tunggu bas? Aku baru je datang hari Sabtu ni. Ni baru jaga parking. Belum lagi CEO Megah Holdings. Ok lagi satu line beratur belah kiri dah building up. Takkan kita yang tak tahu ni dan yang awal tiba kena beratur balik yang belakang yang panjang cam ular melingkar tu. Kenalah smart bagi lah 2 ke 3 barisan ke....kalau 1 tu kalau nak buat panjang nau sampai tiba Kedah ke Pulau Pinang ke.....eiiiii gerammmm. Lagi satu kaki saya sakit. Saya pakai knee guard. Serius saya sakit kaki. 

Apa saya perhatikan macam tak mesra OKU, orang sakit, orang tua la. Macam tak ada orang yang bertugas sebagai medic kat setiap check point. Pakai vest tu la yang saya angin sangat tu. 


Kemudian, saya call adik saya. Kebetulan dia pun tengah beratur nak keluar dan menuju ke kereta. Orang yang beli parking pass pun akan lalu 1 way je. Kebetulan juga adik saya punya parking sebelum area F Grandstand saya ni. Mengadulah saya pasal mamat kerek ni. 

Saya doakan jika dia sakit nanti, ada orang lain akan jeritkan juga kat dia.....gaya berdiri ada gaya gak tu. Bersilang kaki tu gais....nampak macam muda pada saya. 


Lega dah masuk kereta. Tiba-tiba cramp kaki saya belah kiri. Ok cramp kaki masih sempat wefie yang duduk belakang ni...😅. Lano drive dan hantar saya ke Bandar Enstek la tempat saya turun tadi. Tunggu pulak hubby kat sini. Bila hubby datang, kami ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat. 

Terima kasih Eja & Lano. Kata adik saya Eja....'Don't mentioned it!'. 


On the way nak balik....masing2 kelaparan. Singgah la kedai-kedai area Kota Warisan dan....Dania ternampak boyfriend kawan sebilik masa Asasi. Kawan yang dia baik tu. Selalu healing bersama. Terus dia panggil Hana yang kebetulan membelakangkan Dania. 

Gambar? Wajib la. Saya bawa kamera nak makan pun. Haha


Saya pilih daging harimau menangis. Sedap juga. Didatangkan dengan 3 sos. 


Hubby pilih sate ayam dan daging. 


Dania makan maggi sup. 


Tiba rumah dalam 11 lebih malam camtu. Area berdekatan SIC tu memang jam la sebab semua berpusu-pusu dan keluar jalan yang sama lepas tu polis tutup jalan pulak. Apa salahnya buka banyak exit kan. 😐. Banyak jalan tapi banyak yang tutup. Penyudahnya jam teruk. 

Ni lah pengalaman saya menonton Qualifying F1 Gulf Air Grand Prix Bahrain in Malaysia. 





XOXO,
Ezna








 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.