Guzel KL

Alang-alang dah kat Cyberjaya lepas hantar keropok kat rumah adik kat sini...Dania ajak ke Guzel KL. Nama je KL tapi terletak kat Cyberjaya. 


Guzel KL ni macam tersorok sikit sebab kena naik lif sampai tingkat 8. 


Ada sale dan kat tengah ni jualan baju defect. Kalau pandai pilih tak nampak sangat pun defect tu.  


Tengoklah harganya. 


Ni pertama kali saya dan Dania ke sini jadi agak teruja juga nak tengok kedai dan belek-belek baju kat sini. 


Saya rasa sesuai sangat baju-baju kat sini untuk remaja. Banyak warna yang lembut je.


Dari RM179 turun jadi RM149. RM30 pengurangannya. 


Dania try test baju ni dan sweet je terletak. Dania kata nampak besar ke? Saya kata sebab fesyen kat badan baju ada drape, jadi macam nampak bentuk pinggang tu. Ni Dania try 1 size bigger jadi longgar je tapi tak nampak menggelebeh. Kat hujung baju ada lace dengan manik. Manis je. Potongan kain pula A cut. Material ni lembut jadi bila pakai nampak flowy je. 


Jadi....beli juga la sehelai yang ni pair dengan shawl. Warna pink & blue ni. 


Koleksi lain....sweet betul warna yang digantung ni. 


Warna mint & orange. 


Warna red & pink. 


Ni pula baju kebaya dan cantik juga bagi saya. 


Lama juga menghabiskan masa kat sini. 

Lepas tu bertolak ke rumah adik di Kelana Jaya pula. Dari situ balik rumah....Dania try acu baju Guzel ni dan erkkkkk...saiz baju ngam tapi saiz kain tak sama. 😅. Ala...ni yang malas ni....lepas solat asar kat rumah kami keluar balik ke Guzel di Cyberjaya. 

Nasib baik ya....memang ada saiz yang betul kat Guzel walaupun sebenarnya tinggal sehelai je. Memang rezeki Dania la. Kalau tak ada warna ni memang saya nak minta tukar warna shawl jugak la sebab memang beli pair dengan baju ni. Alhamdulilah....lega ada saiz yang betul. Staff sendiri mengaku silap letak saiz / pasangan baju tu dalam plastik. Nasib baik boleh tukar kan. 

Dalam pada tu, Dania kata....kawan dia nak balik kolej kat UPM setelah selesai bercuti dan bawa makanan yang dia sendiri bakar untuk Dania jadi kena ambik kat kolej. Saya rasa nak balas balik kot yang Dania bagi cup cake kat IOI City Mall tu. 

Jadi ya....terus la kami menuju ke UPM pula. Masa ni berlalu begitu cepat sekali. 

Oh ya...ni alamatnya....
Guzel KL @ Cyberjaya :
Level 8 Unit 13, Kenwingston Business Centre, Persiaran Bestari, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor

Kawan-kawan pernah dengar nama jenama ni? 






XOXO,
Ezna











 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.