Patutnya cerita ni keluar semalam. Bila dah blog kena removed terus la tak keluar cerita ni. Bila dah dapat balik blog malam semalam...tak ada mood nak letak cerita ni kat blog.
Hubby ada bagi tahu nak makan kat sini bila Dania balik kerja jam 5 petang. Malamnya boleh la makan kat sini. Dania tak pernah pergi lagi Gula Cakery ni sebab kerja kan...jadi....ada satu hari tu kami semua ke sini.
Menu....nak makan apa kat sini?.
Ada juga set hi-tea.
Seleksi burger.
Cantik lampu ni.
Meja ni dengan hiasan bunga kat bahagian berdekatan dengan tangga.
Ni ruang makan berdekatan dengan tempat mainan kanak-kanak. Kalau makan kat sini dengan anak-anak kecil sesuai la.
Cantik tatarias dekorasi. Dania kata rasa macam kat rumah.
Saya order seafood chowder. Ni starter je ni tapi tak terasa nak makan yang lain yang lebih berat.
Cicah dengan garlic bread. Rasa dia lemak-lemak la. Ada isi kupang dan kepah juga lobak merah. Saya siap kira ya....ada 3 kupang dan 3 kepah. Makan ni pun dah kenyang sebenarnya.
Hubby makan nasi goreng tapi hidangan mewah. Ada ayam bersaiz besar, keropok, telur goreng dan acar. Portion besar ni. Nasinya mungkin nasi goreng cina jadi kalau yang nak pedas mungkin boleh request cili potong kot.
Dania order masakan Mexico ni. Quesadilla rasa namanya. Dania kata sedap. Sos pencicah ada 3 tapi Dania tak suka yang yogurt tu.
Ramai juga keluarga yang makan kat sini.
Teh tarik pilihan hubby.
Dania dengan strawberry matcha. Saya order air mineral je.
Kalau nak order cake pun boleh.
Banyak pilihannya.
Masa ni kami dah turun bawah dah. Dalam kenyang-kenyang tu boleh pulak beli ice-cream. Hehe
Hubby order apa yang nak dibeli.
Cookies and Cream Ice Cream.
Berry Pavlova Ice Cream. Ada buah beri dalam ni.
Nanti nak try set hi-tea pulak la. Oh ya cawangan saya pergi ni kat Bandar Seri Putra.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.