Sabtu, September 1

Ada apa pada Hari Kebangsaan 2018?

Bangun awal juga hari ni sebab dah niat nak pergi tengok perarakan Hari Kebangsaan 2018 yang akan diadakan di Putrajaya. Semangat lain macam tahun ni sebab sebelum ni takde hati pun nak bersesak-sesak tengok perarakan Hari Kebangsaan. Mungkin lain machiam sebab sekolah Dania mengambil bahagian dalam perarakan kot dan.....semangat Malaysia Baru!. 

Keluar rumah dalam pukul 7 pagi dan start la cari parking. Bila dah jumpa spot terbaik terus parking dan menapak menuju tapak perbarisan. Sebelum tu cari cafe dulu untuk alas perut. Takkan nak berlapar pulak.... Pengsan kang...

Lepas alas perut, saje mencari-cari pasukan bomba SMK Jalan Empat. Ternampak Cikgu Yazid. Sah la SMK Jalan Empat dekat2 situ la. Pergi mencari kawan sekelas Dania kat situ. Aina siap tanya ada homework ke tak sebab 2 hari berturut-turut training kawad kat Putrajaya. 

Cikgu Yazid dan suami. Cikgu Yazid juga ajar subjek Rekabentuk dan Teknologi kelas Dania. RBT ni ada dua cikgu. Kebetulan Dania dapat Cikgu Yazid. Hubby tu pakai kasut yang dibeli kat JJJ (Jalan Jalan Japan Seremban) jenama Converse dengan harga RM50. 

Dania dengan kawan sekelas Aina dan Subadra. Subadra ni kat kelas DLP. 


Ni saya tak kenal tapi Dania tahu tingkatan mana. Heran pulak sebab tau ajer Dania ni. 😃😃😃


Boleh tengok suasana pagi kat tapak bermula perbarisan ni. 


Group photo pulak. 


Ni unit anjing K9. 


Sementara itu, kami cari port untuk kami duduk. Boleh la nanti menyaksikan perarakan dengan tenang. Kebetulan depan kami tu semua duduk jadi boleh la nak tengok perarakan dengan jelas. 



Helikopter membawa bendera Malaysia. 


Pasukan Kadet Remaja Sekolah membawa bendera Malaysia. 


SMK Jalan Empat lalu depan kami haruslah saya jerit Jalan Empat....Jalan Empat.... tadi cikgu Yazid cakap kalau lalu depan jerit Jalan Empat. 


Kami duduk opposite Wisma Tani kat Putrajaya ni untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2018. 


Perarakan polis ke askar ke tak berapa pasti. 


Boleh tengok kat sini peralatan yang digunakan oleh abang2 beruniform kita. 


Pastinya Hisham Hamid takde kat sini....Abang Bomba I 💜 U


Pernah tengok kenderaan bomba yang macam ni?. Saya tak pernah tengok. Ni lah kali pertama. Kenderaan ni beserta pakaian macam ke bulan ni dipakai ketika ada kemalangan membabitkan bahan toksik seperti asid etc...


Menyeramkan je pakai tutup muka macam ni. 


Ni lagi satu. Ada je yang jerit kata eh abang tu senyum la. Hehe...tak nampak senyum ke apa pun....😂😂😂


Kenderaan lagi. 


Ni pakaian polis zaman dulu masa saya masih di sekolah rendah. 


Haaa ni polis FRU ni. Kalau ada perhimpunan besar-besaran selalunya polis ni ada. 


Adik ni duduk atas tong sampah yang besar ni. 


Polis berkuda. Kalau ada haiwan je budak2 yang duduk kat depan ni mesti bersorak. Termasuklah anjing polis K9 tu. 


Polis Puspanita. Ingat lagi dulu saya pun masuk Puspanita jugak. 


Van senjata. 


Gambar 2 kat bawah ni tak tahu unit apa....



Baby ni pun diantara penonton perarakan Hari Kebangsaan. 


Ni bot. Rasanya mungkin Polis Marin. 



Polis Marin jugak rasanya ni. 


Tengok je lah perarakan beruniform bawah ni. Nak explain tak tahu apa..Hehe





Sementara itu, ada pertunjukan udara membentuk nombor 61. 


Paling tak tahan ada budak kat depan saya bagitau mak dia askar yang pakai hijau tutup muka tu macam Shaun the Sheep. 😝😝😝. Anak siapa tengok kartun ni kat TV?. 





Kat bawah ni banyak jenis senjata roket. 



Baby pun ada. 





Siap melambai lagi abang askar yang ni...


Diselang seli dengan pertunjukan udara. 




Hubby yang mulanya duduk...berdiri pulak sebab katanya budak belakang dia asyik memijak baju je...





Ambik kesempatan bergambar dengan jalur gemilang ini sebelum balik. 



Hari Kebangsaan kat tempat anda macamana pula??

19 ulasan:

  1. sambutan hari kemerdekaan di putrajaya sangat best . berbeza dengan sambutan tahun lepas

    BalasPadam
  2. Hari kemerdekaan la acara paling best. Semua kaum trun sama2 menyaksikannya

    BalasPadam
  3. Meriahnya sambutan di putrajaya!! Banyak juga penyertaan daripada pakaian beruniform kali ini ya!! Seronok betul tgk gambar!! Smart n bergaya betul diaorg dgn pakaian beragam nie..

    BalasPadam
  4. Niat hati mmg nak bwk anak2 tgk perarakan tp nun jauh.. liez pun seumur hidup ni pernah pergi sekali ms tu duduk di alor setar.. tak silap thn masa lady diana meninggal tu..

    BalasPadam
  5. Bagi yang lahir selepas zaman kemerdekaan, memang kurang faham perkara ni. sebab tu akan ambil mudah. Mereka tak tahu apa makna di jajah. Dan nampaknya minda mereka terjajah dengan hiburan melalaikan

    BalasPadam
  6. Rajin betul tengok perbarisan hehe. Emi teringin jugak tapi kesihatan sekarang tak mengizinkan emi pergi bersesak2 kat tempat ramai orang. Kejap je blh dtg migraine hahah

    BalasPadam
  7. Nampak nya merdeka Yang 61 tahun ni semangat lagi membara kan. Best kalau dapat tengok perarakan depan mata . Dapat tengok unit berunifom lagi kan. Yang tu lagi pengalaman x dapat dilupakan .

    BalasPadam
  8. Ayu memang nak sangat si kakak terlibat dengan sambutan Kemerdekaan. Tapi tak pernah terpilih. Kalau terpilih ayu bagi sokongan 100% kat kakak

    BalasPadam
  9. Wah bestnya. Syira tak pernah pegi sambutan kemerdekaan. Tapi bagus jugak bawak kanak2. Biar dorg kenal kemerdekaan tu mcm mana kan

    BalasPadam
  10. Amboii Kak Ezna. Semangatnya !! Memang time hari kemerdekaan kita dapat menyaksikan perpaduan semua kaum dalam satu majlis. Rasa bangga dan sayang negara bila munculnya hari kemerdekaan nie. Next time nk join jugak lh tgok perarakan kt putrajaya.

    BalasPadam
  11. merdeka tahun ni lebih meriah berbanding dulu2. mungkin sebab kerajaan dah berubah, mood rakyat nak sambut merdeka tu lain macam sikit.

    BalasPadam
  12. Amboi meriah betul hari kebangsaan Pada tahun ini. Dah lama lka tidak tengok secara live. Terasa semangat kenegaraan di dalam diri. Ika suka jet pejuang tu.

    BalasPadam
  13. Hari kebangsaan yang baru beberapa hari lepas sangat bermakna bagi semua orang malaysia. Maklumlah kena jajah ni bukan main main

    BalasPadam
  14. Walau bagaimana meriah pun sambutan yang di adakan, paling penting kita wajib manfaatkan semua peluang yang ada untuk capai kejayaan di bumi bertuah ini

    BalasPadam
  15. Seronok walaupun tengok ni dalam TV je. Setahun sekali punya event kan. Tak mampu nak bersesak ramai sangat orang.

    BalasPadam
  16. Dulu ms hari merdeka. Mesti happy. Ikut nak abah gi sambut. Meriah dgn bunga api.. dekat sekolah mcm2 aktiviti. Bl dh kerja ni x saka mcm sekolah. Seronok tgk anak anak sambut kemerdekaan

    BalasPadam
  17. Untuk teman teman di Malaysia, selamat hari kemerdekaan ya. Maaf telat ucapannya sebab baru dapat momennya. Dari postingan ini terlihat kemeriahan perayaan tersebut. Sukses terus teman Malaysia

    BalasPadam
  18. saya sendiri tak pernah berkesempatan nak ikut serta acara ni. pernah juga dulu nak ikut serta, sampai2 je orang nak nak tutup perarakan dah, sedih huhu

    BalasPadam
  19. Memang best tgk perarakan Hari Kemerdekaan to skrg dah mls mk Pg😊

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...