Bila nak beli barang selalunya beli kat IOI City Mall la. Alang-alang hantar Dania kerja kat sini. Lepas beli barang, minum la kat CBTL ni.
Tunggu nama dipanggil untuk ambil order.
Blueberry cheesecake ni sedap.
Beli perfume ni juga. Nostalgia sebab mengingatkan saya perfume saya pakai masa belajar dulu iaitu perfume oil dari Body Shop. Dulu kat Body Shop ada perfume dalam bekas kecik bulat tu. Tahan lama baunya. Dulu pernah la pakai fuzzy peach, vanilla, strawberry. Bau perfume CBTL x Wunderbath ni memang bauan macam perfume oil Body Shop ni.
Haaa ni dia perfume oil tu.
Credit : Google
Bila beli perfume oil tu dapat 2 air berries ni free. Whatsapp Dania kot la dia baca whatsapp. Kalau baca whatsapp maknanya time rehat la tu. Dania baca jadi suruh dia turun ke CBTL bawah. Kat IOI City Mall ada 2 CBTL. Satu kat depan FOS. Satu lagi deret tempat baru. Jangan salah lokasi CBTL diantara dua ni ya.
Satu untuk Dania dan satu untuk ummi tapikan....errr airnya tak sedap la. Haha....Dania kata macam rasa ubat tapi habis jugak la airnya. 😆
Dah ambik airnya Dania pun naik atas balik makan kat food court dengan kawan-kawan.
XOXO,
Ezna

ha ah, hari tu i ada try beli jugak masa guna promo discount voucher RM3, memang tak kena dgn tekak..so far i suka mixer yg passion fruit pineapple with mango jelly tu jer
BalasPadamPernah la pakai dulu perfume oil body shop tu. Memang pekat yang tu. Bau memang wangi.
BalasPadamSy dulu suka white musk Bodyshop, pengaruh kawan.
BalasPadamMesti laku CBTL dekat situ kan, sampai ada 2 outlet.
Lama tak nampak brand bodyshop... dulu dialah juara
BalasPadamTau rasa air ubat tu macamana hahaha...
BalasPadamSamalah...saya dulu pun pakai oil perfume Body Shop..tapi sejak dah alergik minyak wangi ni takut dah nak beli minyak wangi apa-apa...redho jelah tak pakai perfume huhu...
Tak sedap plak airnya ye ptt die bg free bila beli perfume
BalasPadamPernah juga rasa air berries yang macam ubat, aihhh lain macam kan rasanya
BalasPadamOoo ini la perfume yg jual kat cbtl tu eh... nanti nak try riki² la..
BalasPadamTp alamak bau dia perisa buah ke bunga eh? 😅😅
Hari tu nampak entry kak SA yang beli perfume ni..kotak tu lawa sangat..rasa mcm tak nak buang pulak
BalasPadamDulu sy pun suka perfume botol kecik dr body shop tu sis...=)
BalasPadamYe betul..airnya x sedap....heheheheh
BalasPadamJenuh kalau salah CBTL kalau kedudukan dia jauh satu sama lain. Dah ler IOI mall tu besarrrr.
BalasPadamsamalah masa belajar dulu pakai body shop juga...ammi suka white musk dan lagi satu vanilla musk kalau tak silap. Tahan lama satu botol kecik ni sebab ammi jenis calit sekali je kat wrist pastu gesel2 kiri kanan.
BalasPadamBaru sekali masuk CBTL.
BalasPadamtak pernah rasa lagi cofee bean ni
BalasPadamWah beli perfume sekali dapat dua minuman Coffee Bean, memang rezeki berganda 😍 Best bila pembelian yang kita dah nak buat datang pula dengan kejutan macam ni!
BalasPadamAduh, spoil betullah air rasa ubat.
BalasPadamlaaa ye ke tak sedap?
BalasPadamsebab apa tu? terlebih pahit ke?
atau mmg tak tepati selera?
air rasa ubat, aaasudah~
BalasPadamsiapa haitu ada beli ni, fiza ke, kakretna ke yg rajin hunting coffee2 ni.
kita masuk sini mmg cari satu yg favourite je la.
Terkadang saya malah Skip ambil airnya walau dah beli barang tertentu utk free minuman lain 😅. Apalagi kalau airnya saya tak suka. Jadi memang cuma ambil produk yg saya suka itu saja. Soalnya kadang minuman2 begini memang jarang sesuai dengan selera, apalagi manis kan.
BalasPadamSaya pakai juga parfume oil TBS dulu kak. Tapi selalunya yg white musk 😄. Paling sukaaa itu
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.