Lepas menghantar jagung, sawi dan burung puyuh kat adik saya tu, terus la kami ke Laman Tok. Hubby nampak Warong Hunter review tempat makan ni. Jom la kita ya.
Apa speciality kat sini?
Nasi lemak kuning untuk sarapan pagi dan tengaharinya pula nasi daging, bihun sup utara dan nasi ayam.
Masa kami datang, nasi daging kena tunggu, nasi ayam kena tunggu. Dania dia nak sangat makan nasi ayam. Memang favourite dia nasi ayam. Jadi tunggulah dalam 15-20 minit.
Masa kami tengah menunggu tu, belakang kami ni gang-gang kedah saudara owner kedai ni. Mereka ramai juga la satu meja panjang tu.
Hubby nak makan nasi daging tapi kena tunggu jadi saya dan hubby makan bihun sup utara sahaja. Hubby prefer rasa yang kat Simpang Empat, Alor Star berdekatan dengan Dinalang Ais Kacang Salji tu. Tapi sedap la juga di tekak saya.
Tunggu punya tunggu nasi ayam, pekerja dia cakap nasi ayam 'tak jadi'. Elok je cakap nasi ayam tak jadi....tedia....pekerja hidang kat belakang meja kami. Saudara sepupu sepapat owner dari Kedah. Elok je cakap 'tak jadi' hidang terus kat meja belakang. Tak ke rasa kena tipu ke apa?. Apa yang tak jadinya?. Jadi elok je yang hidang kat meja belakang tu.
Dania frust dia tak dapat makan nasi ayam jadi order juga bihun sup 😅. Macam mana saya tahu saudara mara owner tu? Sebabnya bila saya balik...ada yang menyapa saya terima kasih Puan. Saya tanya owner ke? Dia kata dia saudara kepada owner. Saya tanya oh meja tu (tunjuk kat meja) tu saudara la ya. Dia kata ya...dari Kedah.
Jadi, dari situ tahulah kan hidangkan nasi ayam untuk saudara mara. Yang customer ni suruh tunggu. Kemudian cakap tak jadi pula. Lepas tu yang kata tak jadi tu you hidang kat meja belakang kami. Maunya tak frust ya...
Jadi tak adalah rezeki Dania nak makan nasi ayam untuk tengahari....tapi....masa kami jalan-jalan tu terjumpa tak kedai nasi ayam yang lain?....Tunggu....nanti saya update.
Laman Tok ni terletak bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Dengkil.
Nak repeat lagi? You alls pun tahu jawapannya....hmmmm.....
XOXO,
Ezna
ok, kena blacklist lah hahha tak jaga customer sungguh la kalau gini pe'elnya
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.