Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, December 6

Hari Keluarga Surau Ar Ridhwan

Hari Keluarga surau dekat dengan rumah saya ni diadakan pada Deepavali tahun ni. Haaa Deepavali? Baru nak uodate lah...hehehe....lama dok peram oii. Diadakan kat Taman Canselari kat Putrajaya. 

Saya join Hari Keluarga ni sebab nak bagi sokongan kat hubby yang jadi Pengerusi untuk projek hari keluarga surau Ar  Ridhwan ni. Baru setahun tinggal kat sini dapat peluang pulak. Rajin pulak yang mencadangkan nama hubby ye. Ok...pagi2 ni sarapan pagi pun ada disediakan. Ramai yang sponsor. 

Masa ni emcee minta duduk dekat tempat yang disediakan untuk tazkirah pagi. 


Kelab Rakan Al Ridhwan pun dilancarkan. Dania malu nak ke depan sebab kata tak dapat baju T Shirt tu. Remaja 13 tahun ke atas boleh join. 


Aktiviti pun dimulakan. Hubby masa ni mula sibuk. 


Dok kira peserta ke pinggan berisi tepung tu? 


Sesambil tunggu tu lapar balik. Jom sambung makan. Hee hee....
Sambil tu tengok peserta cari gula2 dalam tepung. 


Ni saya ambik gambar jiran saya ni. Jiran saya yang tudung animal printed ni. Tengah get ready nak main campak belon berisi air, depan yang pegang belon kuning tu hubby jiran saya. Amboiii jiran saya ni banyak join aktiviti. Saya dan Dania tumpang tengok je. Eh bukan tumpang tengok je tapi tumpang tikar jiran jugak. Melampau tak jarang2 saya bangun. 


Haaa saya tumpang tikar jiran yang baju dan tudung warna coklat ni. Engineer ni....


Tu diaaaa....hubby sibuk bagi taklimat ke apa ni?....


Dari kejauhan, anakanda dengan muka serius duduk kat tikar jiran. 


Ni games yang paling best. Tangkap itik. Sape dapat itik dia yang punya. Alehaiiii itik2 ni macam tak melompat pon. Macam serah diri. Do I care katanya....hee hee....


***ala...gambar saya jugak yang takde....

1 comment:

  1. waa.. bestnya !! habis setaman turun join aktiviti ya.. hee~

    ReplyDelete