Hari ni cuti Maulidurrasul kat Jakarta ni. Dijangka jalan kurang macet berbanding hari biasa. Harap-harap la kan sebab yang bagitau ni pemandu teksi.
Breakfast berat dulu kat Ibis Styles ni.
Cuma 3km ajer dari hotel nak ke Dunia Fantasi. Boleh juga naik bas tapi kalau naik bas kita kena menapak jauh ke dalam untuk entry masuk ke Dunia Fantasi. Ambik ajer teksi Blue Bird depan hotel. Memang banyak teksi yang menunggu pun. Tiba ajer kat Dunia Fantasi, dah ramai dah beratur nak beli tiket. Kena beratur kat 3 tempat. Tiket, check point pertama dan check point kedua. Jenuh berdiri je la....
Sebelum masuk, haruslah bergambar dengan maskot Dunia Fantasi (DUFAN). Orang sini suka menggunakan singkatan.
Terik betul kat Jakarta ni. Beratur lagi...nasib la siap-siap dah bawak topi.
Actually kami pertama sekali nak masuk ke Istana Boneka. Sebenarnya saya la yang beriya sebab masa kecik2 dulu memang saya pernah masuk ke sini. Kononnya nak mengimbau kenanganlah. Gi kat Istana Boneka tu tak bukak la lagi. Masuk la rumah ajaib ni. Rumah ni senget sungguh. Bila dah keluar rasa macam nano nano je. Hehe....
Bentuknya ala ala rumah cowboy.
Masa ni nak pergi jalan-jalan tengok mainan mana lak nak gi.
Di kejauhan nampak Bingalala (Merry Go Round). Ada juga basikal air kalau nak keliling tasik.
Bumper car ni Dania yang over nak main ni. Sekali bila tengok orang ramai ni tetiba dia soh ayah dia dok sebelah dia. If not mulanya nak naik sorang ajer. Hehe.
Amboiiii happy je bang naik bumper car..
Pagi- pagi lagi dah ramai dah berkunjung ke Dufan ni.
Ice Age ni tak masuk pun sebab line beratur tersangatlah panjang.
Apa yang kurang orang beratur yang tu la kita tuju dulu. Ni memang saya tak gemar ni. Takut bikin pusing nanti
Kali ni memang terjah Istana Boneka pulak. Panjang giler barisannya.
Kat sini kita akan naik sampan dan sampan tu akan bergerak dalam Istana ni. Sebijik macam My Small World kat Disneyland. Patung patung dalam tu bergerak-gerak ikut muzik.
Ada banyak negara dalam ni. Papua salah satunya.
Inggeris pun ada. Memang enjoy la untuk kanak-kanak. Apatah lagi ummi dan ayah. Rasa santai sangat sepanjang dalam Istana Boneka ni.
Paling menariknya dalam Taman Tema ni ada masjid. Selalunya kat dalam taman tema kita cuma ada surau je. Konsepnya konsep masjid terbuka. Saya tak berapa suka konsep begini sebab takde privacy. Kita solat dululah kat sini. Bergilir dengan ayahnya. Boleh jaga beg dan kasut sekali.
In between ada makan kat Restoran Padang kat dalam Dufan ni. Makanan halal senang nak cari kat Jakarta ni. Jangan risau.
Lepas tu tengok persembahan ala Lara Croft ni. Tengah tu gaya Lara Croft gitu. Errr mamat ni gaya apa ngak tahu sih....
Bergambar la dengan seorang pelakon ni. Masa tengok tu pun dah tengah2 pun.
Ni gambar Dania dan ayah naik tinggi kemain. Errr nampaknya cam ummi je tunggu beg. Hehe....Hubby saya kata boleh nampak keliling kawasan Dufan ni. Saya tengok dari bawah cam seram ajer.
Main yang ni pun saya tunggu beg jugak....nampak laju sangat buaian ni pusing sampai boleh dengar orang menjerit. Tinggi sungguh ni sampai ada la fikiran negatif cakap mau tercampak atas bumbung mana-mana ni....sabo je le...
Bergambar dengan Happy Feet pulak.
Ni kat dalam souvenir shop dalam Dufan. Dania pegang maskot Dufan ni. Dalam ni tengok-tengok ajer.
Ambik gambar wefie kat sini pulak sebelum balik. Dania kata kalau datang sini kena cover 1 hari satu tempat. Ada banyak tempat boleh lawat kat sini. Ada hati Dania nak datang lagi. Hubby dah no no no sebab traffic jam yang teruk kat Jakarta ni. Ok kalau nak survey harga dan tempat menarik boleh click sini.
Lepas tu singgah Bakmi GM ni. One of the famous tempat makan kat Jakarta ni. Kami pergi cawangan Gajah Mada.
Kat luar Bakmi GM ni ada jual apam manis ni. Panggilan kat sini saya dah lupa pulak.
Bakmi GM yok!
Jenuh la nak makan pakai chopstick tu Dania....Saya boleh la juga guna chopstick ni. Dania dan ayah mintak sudu dengan garfu la akhirnya....Memang sedap la mee ni. Kuahnya pun sedap. Kena dengan tekak saya. Dania pun sibuk cakap kalau datang Jakarta nak makan kat sini lagi.
Ok....dah tiba dah Ibis Styles ni....maknanya dan nak habis pun kisah percutian kami kat Jakarta ni....
Entry sebelum ni di sini ya Phewww akhirnya siap juga blog entry ni. Minta maaf sangat. Anak dah darjah 6 ni tetiba busy pulak dia.
best nyer kak..
BalasPadamDufan tu best utk kanak2 dan ada tempat kita pun syok juga macam istana boneka....
PadamDufan tu best utk kanak2 dan ada tempat kita pun syok juga macam istana boneka....
Padami tak pernah dengar perkataan dunia fantasi.. terima kasih sebab introduce :D tapi menarik lah..
BalasPadamMenarik sangat mira tapi bab beratur tu letih la....sebab ada yg tak berdisiplin main potong barisan je. Geram....anyway dalam tu anak kita leh explore la....
PadamMenarik sangat mira tapi bab beratur tu letih la....sebab ada yg tak berdisiplin main potong barisan je. Geram....anyway dalam tu anak kita leh explore la....
Padam