Tag berantai menggunakan ChatGPT


Saya telah di tag oleh Suria Amanda untuk membuat infografik tentang blog saya. Ok...comel betul infografik. Kartun dia comel. 

Bila tunjuk kat Dania janaan ChatGPT ni, Dania bising...kenapa saya buat unnecessary AI ni?. Apa maksud Dania sebenarnya ya?. 

Janaan AI ni menggunakan air yang tinggi. 

1. Penggunaan Tinggi: Kajian menganggarkan sektor AI menggunakan antara 312.5 hingga 764.6 bilion liter air setahun.

2. Lebih daripada Air Botol: Penggunaan air teknologi ini dianggarkan melebihi jumlah air botol yang diminum di seluruh dunia, iaitu sekitar 450 bilion liter setahun.


3. Setiap Interaksi: Setiap 5 hingga 10 perbualan (prompt) dengan chatbot AI (seperti ChatGPT) boleh menyamai penggunaan 500ml air.


4. Projeksi Masa Depan: Penggunaan air oleh AI dijangka meningkat daripada 1.1 bilion kepada 6.6 bilion meter padu menjelang 2027.


5. Kesan Tempatan: Pengambilan air yang besar untuk pusat data boleh menjejaskan sumber air tempatan dan mengganggu ekosistem.


6. Isu Ketelusan: Syarikat teknologi utama masih kurang telus mengenai jumlah penggunaan tenaga dan air yang sebenar.

7. Isu Plagiat : Janaan AI menggunakan gambar atau hasil lukisan orang lain yang disiarkan di platform internet kemudian diubah sedikit rekaannya. 

Basically, janaan AI ni menggunakan tenaga yang banyak. Tenaga yang banyak ni memerlukan air. Bukan sedikit air yang diperlukan tetapi banyak. Isu pemanansan global pun sekarang ni menjadi isu utama kan. Kemarau yang berpanjangan....5-10 prompt sahaja memerlukan 500ml air. Banyak kan?. 

Lecturer Fakulti Dania ada bagi awareness rupanya tentang penggunaan AI ni. Boleh guna tapi untuk benda-benda yang penting ajer. 



Jadi....jika ada yang tag....maaf ya saya tak akan join. Cukup la satu ni sahaja. Ada anak yang concern sangat ni. 😅.





XOXO,
Ezna


Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.