Isnin, Januari 11

Bali - Part 3

Ok. Hari ni saya cerita hari ketiga kat Bali ni. Pagi ni saya sediakan sambal tumis ikan bilis, nasi putih, roti putih kosong untuk cicah sambal tumis dan roti putih yang beintikan serunding daging. Kami makan berat dulu pagi-pagi ni sebelum gi jalan. 

Ada orang tanya kat saya kenapa nak kena bawak makanan banyak-banyak. Ada je makanan halal kat Bali. Sebenarnya, saya ni was was bila kata 3 % je kot muslim kat Bali. Bila dah kat Bali, memang banyak restaurant menjual babi guling (babi golek). Tour guide saya Pak Musa pesan, walaupun restoran non muslim jual makanan laut je pun tapi, bahan masakan yang halal haram pun bercampur satu peti ais. Penggunaan minyak babi juga meluas.  Oleh itu, makanan yang saya sediakan untuk keluarga adalah lebih selamat. Bagi non muslim, tak jadi masalah la kan. Selain daripada itu memang boleh mengurangkan kos juga. Kami ni kalau travel jauh-jauh lebih kepada spend duit untuk sight seeing. 


Destinasi pertama ke Baturiti. Ala ala Tegalalang juga. Tempat padi bukit berteres. 


Boleh menajamkan mata tengok benda hijau ni. Tenang je....


Singgah The Sila's Agrotourism pulak. Ingatkan boleh la petik strawberry. Ni yang petik strawberry ni tak bukak lak kat sini. Katanya takde strawberry boleh petik lagi. Kami masuk jugak la. Ada bayaran masuk dikenakan ye. Kalau you alls nak pergi tak le recommend sangat. 


Ada kandang monyet.


Landak pun ada. 


Tempat ni macam mini zoo juga. Ayam ni pulak dibiar lepas ajer. 


Ada merry go round tepi bukit tapi belum beroperasi lagi. 


Bagi puan blog pose pulak. 




Tak jauh daripada situ, kami ke Ulun Danu, Lake Beratan. 


Cantik pura ni ala terapung di atas air. 



Tempat yang sangat cantik. Ada tasik, ada gunung. 





Ambik gambar sekitar sini. 


Gambar saya memegang Pura d Ulun Danu. 


Kalau pergi melawat pura ni, hanya yang ingin berdoa mengikut kepercayaan agama hindu sahaja dibenarkan memasuki dalam kawasan pura. 


Dania snap gambar ummi dan ayah. 


Rusa dan hubby. Ni rusa betina agaknya. Yang jantan ada tanduk. 


Saya banyak snap gambar bunga-bunga kat Ulun Danu ni. 


Kawasan ni sangat cantik. 



Dania jump Dania jump. 



Ni macam tak takut je kena sambar helang....


Ok beberapa shot gambar-gambar bunga yang berwarna-warni. 








Ada tempat shopping juga kat sini. Kat sini kami tak beli apa-apa pun. Ikutkan tak sempat nak lunch lagi sebab hujan. Tiba-tiba bila hujan berhenti baru kami cari port nak makan. 



Pose lagi kat sini. Ni kat port kami makan ni. 


Tempat yang kami makan ni berbentuk komodo. Yang tempat duduk ni badan komodo la ni. Ada meja depan kami tapi jauh juga. Saya juga siap-siap bawa pinggan kertas. Lepas makan boleh terus buang ajer. 


Dania ceria lepas sapedek. 


Bunga last sebelum bertolak ke Tanah Lot. 


Ok dah tiba kat Tanah Lot, Bali. Ambik wefie satu family dulu sebelum explore Tanah Lot. 


Gambar berdua...lepas tu kami jalan kat tempat belakang ni pula. 


Gambar bertiga pula. 






Memang kat Bali ni pintu gerbang design macam ni. 


Ada banyak pura kat sini. 

Pura ni diantara yang paling terkenal. 


Tripod tak bawa jadi minta tolong orang ambil gambar bertiga. 


Mintak orang yang sama ambil gambar berdua. 


Dania cukup boring kalau ummi sibuk suruh dia pose. Hehe.  


Ni nak balik dah ni. Budak kecik ni ngekor suruh beli barang dia. 


Cantik ukiran kat pintu gerbang ni. 


Sebelum Pak Musa hantar kami balik ke hotel, singgah solat kat sini dulu. Masjid Rahmat. 


Tempat makan ni betul2 depan Masjid Rahmat. Pak Musa kata sotonya bagus. Sampai ke sudah tak merasa sebab kedai ni tutup sebab owner balik kampung. 


Dekat Masjid Rahmat pun ada Restaurant ni. Masakan asli lombok. 


Kami tapau ajer. Nasi nanti masak kat hotel ajer. 



Kami order ayam panggang masakan lombok, sate ikan (yang ni saya kurang sebab ada cili + kelapa) rasa pedas gila dan telur dadar. Telur dadar dan ayam panggang tu sedap. Hubby le terpaksa habiskan sate ikan tu. Sayang katanya. Dania dan saya tak boleh telan sate ikan tu dah...


Inilah kisah hari ni yer....blog post sebelum ni http://www.eznakhalili.com/2016/01/bali-part-2-201215.html 

Esok 22.12.15 our last tour...

3 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...