Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, January 10

Bali - Part 2 - 20.12.15

Hari ni tour guide tanya nak pergi mana? Saya siap brief lagi nak pergi mana. Ok jom kita tengok tempat-tempat kami singgah sebelum sampai ke Kintamani. First kami ke kawasan Batu Bulan tempat pembuatan perak dan emas. Beliau sedang meletakkan perak untuk membuat loket rantai. 


Kawasan kilang ni nampak macam tradisional sangat. 


Kita pose dulu sebelum masuk sebab kat dalam nanti dah tak boleh ambik gambar dah. 


Ni muka barong kot atas kami ni. 


Ni la tempat yang kami singgah ni. 


Tempat seterusnya kami singgah Sari Amerta tempat pembuatan batik. 


Ada insiden kelakar kat sini. Dania nampak ada haiwan tengah tidur kat sini kemudian Dania kata...ummi ada babi tengah tidur la. Cuak jugak bila dengar. Rupanya seekor anjing tengah tidur. 


Lepas batik kami ke Mammoth Art Gallery (Wood Carving). 


Banyak la ukiran kayu kat sini. 


Topeng Barong yang berjanggut ni memberi maksud kuasa yang baik. Sebelahnya tu kuasa yang jahat. 


Pencinta cat ni dengan ukiran cat. 


Depan Mammoth Art Gallery. Kalau ada kuil kat depan kedai ni maknanya owner ni penganut agama hindu. Kat sini cuma beli bekas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. 


Pembuatan emas dan perak dah, batik dah, ukiran kayu dah...kali ni ke tempat lukisan. Nak masuk ke dalam kedai ni nampak sempit ajer. Sekali masuk dalam kemain luas. Ni salah seorang pelukis kat sini. 


Macam icing kek. Hakikatnya sebuah lukisan. 


Bergambar kat depan kedai. Kat sini cuma tengok-tengok ajer. 


Sepanjang perjalanan saya ternampak temple (pura/kuil) ini. 


Banyak kedai yang menjual hasil seni mereka sepanjang jalan. 


Cantiknya bunga teratai ini. Saya terjumpa kat kolam kecil di Tegalalang. Tempat padi bukit bertingkat. Ala ala ladang teh. 


Dania nak ambik gambar ummi guna instax Dania. 


Terasa macam nak turun tangga kat sini tapi kalau turun tangga nak kena menapak naik yang saya tak sanggup. 


Banyak je cafe atas bukit menghala ke Tegalalang ni. 


Deretan kedai kat sini. Saya beli key chain Dania ajer dan 3 set fridge magnet. 


Cantik sangat permandangan kat belakang tu. 


Ni pun cun ni...bikini kain kait.  Ummi tak approve Dania beli ni ok?...


Dalam perjalanan nampak besi ni. Rupanya besi ni digunakan untuk membawa babi dalam tu.  


Banyak kedai yang menjual arts kat sini. 


Lokasi seterusnya ke Laksmi Agrotourism. Tempat pembuatan kopi. 


Musang ni tengah berehat dalam rumah ni. 


Lebah pun ada kat Laksmi ni. 


Kopi sedang dijemur. 


Staff Laksmi tengah bagi penerangan.


100g kopi sedang digoreng. 


Penumbuk kopi profesional sedang beraksi ni...



Kopi akan ditumbuk dan ditapis. 


Deretan kopi dan teh. 


Kami ambik gambar kat sini dulu sebelum sapedek. 


Hijau sungguh suasana kat sini. 


Jom kita rasa kopi dan teh. Ni kira tester ni. 


Yang mana yang best ni? 


Kat sini la kami siap makan lunch lauk ikan sardin. 


Ok kita pose gaya pandang ke tepi pulak ye.... 


Dalam almari ni semua kopi luwak. Harganya mahal sikit. 


Ni ajer yang dibeli kat sini. 


Daun-daun herba juga ditanam di sini. 


Buah markisa berguguran. 


Ni bunga kantan ni. Selalu saya tengok yang menguncup. Ni bunga kantan yang sedang kembang mekar. 


Ni pintu masuk ke Laksmi Agrotourism. 


Dania tak lepas novel kat tangan. 


Kintamani destinasi seterusnya. Minum kat restaurant ni bukan apa sebab nak tengok permandangan Gunung berapi Batur tu. Kami minum ajer tapi tak berapa selesa sebab muzik dipasang kuat kemudian orang punyalah ramai. 


Ukiran kerusi ni scary kan?...


Ni deko kat dalam restaurant ni. 


Sebelum bergambar kat sini kena serbu dengan penjual souvenir. Pening makcik haih...


Keychain dan bracelet ala ala Pandora yang saya beli masa kena serbu kat Kintamani. Keychain ni Rupiah 100,000 dapat 10 set. Gelang tu ada 5 jadinya Rupiah 50,000. Kalau Rupiah 100,000 = RM30++. 


Sempat jugak singgah tempat lukisan ni. Banyak gambar monyet je kat sini. 


Kat roundabout mesti ada patung-patung besar macam ni. 


Ada beberapa masjid kat Bali ni jadi jangan risau ye. Cuma agama rasmi kat Bali ni agama Hindu. Mungkin 3 % ajer beragama Islam. 


Lepas solat, saya minta Dania pose kat sini. Kat Bali ni suka masjid dengan konsep terbuka. 


Pintu depan Masjid. 

Kami nak pergi daerah Kuta pula. Ni kawasan peringatan tragedi bom yang berlaku di Bali. Di kawasan inilah ramai orang yang terbunuh. Ada 3 orang rakyat Malaysia yang terbunuh di sini. 


Ni Jamie Oliver punya Italian Restaurant ke ni?. Bila google memang Jamie Oliver punya. Terletak sebelah Hotel Hard Rock je ni. Masa ni janji dengan Pak Musa untuk ambik kami balik dalam 1 jam. 


Singgah sini ingat nak beli fridge magnet Hard Rock Bali yang biasa saya beli. Takde pulak yang macam tu. Tak jadi la saya nak beli.  


CIMB Atm pun ada kat sini. 


Apa yang ada kat Beachwalk ni?. Lego....


Lego Star Wars. 


Meriah Beachwalk ni. Setakat posing ajer kat sini. Tak juga shopping apa-apa pun. 




Kereta banyaknya area ni heh....


Kejap je kami kat sini. Janji dah menjejakkan kaki kat Kuta Beach. Dah sampai Bali nak juga tengok pantai ni. 


Kat sini juga boleh belajar surfing. 


Pantai Kuta ni ada pintu gerbang dan tembok sepanjang pantai ni. Ini untuk mengelakkan pasir pantai dari berada di atas jalan. 


Tak lama kemudian Pak Musa pun datang dengan kenderaan kami ni. 


On the way singgah di sini dulu tapau lauk. Nasi nanti kami masak kat hotel ajer. 


Seberang Restaurant ACC Minang ni ada patung yang besar ni. 




3 comments:

  1. i iss bali heheheh
    act, stress masa nak balik gambar kat bali 70% hilang..memory card rosak :(

    ReplyDelete
  2. best nyer bali kak..tapi izwa ni kalau nak keluar negara selalu tak approve sb husband x berani jalan keluar tanpa org guide :(

    ReplyDelete
  3. dress danis sgt cute .berseri2 and nmpk cheerful dlm pics gitu

    ReplyDelete