Masak nasi lemak tu pernah la tapi lauknya selalunya sambal ikan bilis. Kali ni julung-julung kalinya buat sambal kerang. Bab renyah tu nak kopek isi kerang tu la tapi sebab ada pembantu jadi kerjanya mudah dan cepat sikit la. Thank you Dania....

Ada telur rebus dan daun salad. Tukarkan dari timun yang saya dan Dania kurang makan. Salad ni laju la pulak makannya. Telur pula isi kuning tu macam cair sedikit. Tak fully masak. Dania kata dia suka telur macam ni.
Gorengkan juga ikan bilis. Bagi garing sikit....tapi nak buat yang ni kena berhati-hati supaya tak overcooked. Nanti tak sedap.
Saya buat nasi lemak daun pandan. Tak pakai pewarna hijau. Hijau asli dari daun pandan je since saya ada tanam daun pandan kat rumah. Guna 7 helai daun pandan. Ada yang ditapis airnya dan ada daun pandan yang disimpul letak dalam beras. Masa masak dalam periuk nasi tu boleh bau satu rumah....wangi....
Lepas tu hubby ada beli durian Blackthorn kat kedai Acheh. Ada orang cina yang hantar barang runcit ni ada kebun durian....katanya jual murah2 je. Hubby kata RM20/kg.
Ni lah buahnya...memang creamy. Buahnya isi tebal....sedap. Warnanya pun cantik.
Sekarang ni pun durian dah harga murah sikit kan....Blackthorn ni kiranya durian premium tapi harganya menjunam. Kita la yang dapat la merasanya. Kalau mahal sangat saya pun skip durian premium ni.





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.