Thursday, August 13

Aidilfitri tahun 2015 di Ipoh

Tiap tahun, Hotel Ibis Styles Ipoh ni jugak jadi pilihan saya dan keluarga. Selain daripada faktor keselesaan, kebersihan dan lokasi hotel yang terletak berdekatan dengan masjid dan terletak di bandar. Katil dan tilam Ibis Ipoh ni pun empuk tau....memang keistimewaan Ibis Ipoh kata Manager nya. 

Ni gambar kami di pagi Hari Raya sebelum bersarapan pagi. Mintak reception tu ambik gambar sebab tengok lengang je kat reception counter. Snap guna DSLR ni mau berkali kali jugak sebab mungkin tak biasa guna DSLR. Hubby pakai persalinan kuning manakala saya dan Dania pakai baju berwarna-warni. Masa saya beli tudung ni saya tak bawa baju saya ni sekali bila match kan atas bawah semua warna warni. Hehehe. Ok lah kasi ceria sikit la warna aidilfitri tahun ni. Dania dan saya beli baju ni kat butik yang sama. Masih match warna kuning dengan hubby. 


Ni tempat makan dekat Ibis ni. Nak pilih tempat sebelah cermin ke sebelah sini ke? 


Kalau nak order air buah-buahan pun boleh kat kaunter ni. 


Seleksi makanan tak la banyak mana tapi bolehlah bagi saya dan keluarga. Nak lapik perut je sebab lepas ni nak keluar beraya rumah sanak saudara. 


Sesambil makan, anak-anak boleh main kat sini. Sama level dengan tempat kami breakfast. 


Nak berehat kat sini pun boleh sambil anak-anak anda bermain. 


Sesambil makan, kalau duduk kat sini boleh tengok permandangan sebalik cermin yang nun menghijau. 


Ibis Ipoh ni pun ada menyediakan hidangan lemang ni. 


Lepas makan, terus menuju ke masjid untuk solat aidilfitri. Ada 2 masjid boleh pilih. Masjid Negeri atau Masjid India. Kami pilih Masjid Negeri. Masjid India masa kami lalu depannya rata-rata masyarakat India Muslim yang solat di situ. 

Gambar ni hasil lensa phone camera. Hasilnya tak le terang. Takkan nak usung DSLR masuk masjid. Jenuh nak menjaganya nanti. Gambar ni diambil lepas selesai solat aidilfitri. 


Ni lah gambar rumah first yang kami kunjungi. Rumah ni now didiami oleh 2 orang sepupu saya. Dulu masa arwah mama dan papa masih ada memang wajib mengunjungi rumah ni sebab masa tu arwah makcik saya yang saya panggil Mi masih ada. Rumah ni terletak kat Kg Kepayang, Fair Park. Ada saya tulis kat blog saya menghadiri majlis pertunangan link yang ni adik beradik sepupu saya yang ni lah. Kira yang bertunang ni anak saudara kepada sepupu yang tinggal di rumah ini. 


Ni lah gambar nostalgia kat halaman rumah ni. Can you spot me?....Fesyen rambut sama je 3 beradik. Baju pun sama except warna je lain. Hehehe.....Rambut ni kalau tak silap arwah mama yang potong kan. Sekarang pun rambut Dania pun saya potong kan.....(Dania cakap muka dia sama macam budak yang baju pink tu...hmmmm). 


Ada juga melawat sepupu arwah ayah di Seputeh tapi tak snap pula gambar kat sana nak buat kenang-kenangan. Rumah sepupu arwah papa yang saya panggil Pakcik Lan ni luas. Banglo setingkat berbumbung biru tu juga tempat saya dan keluarga dulu melepak masa raya. Terimbas memori lama. Sekarang ni rumah tu masih ada cuma ahli keluarga je makin berkurang......Al Fatihah mama dan papa :( 

So how's your raya? Ni belum update raya kat Kedah lagi ni....

3 comments:

  1. salm perkenalan Ezna.. Ezna.. saya orang Ipoh.. rumah dalam gambar tu cam familiar sangat.. kat area mane ekk.. :))

    btw, jom join GA di sini
    http://www.ummiirfan.com/2015/08/giveaway-dari-ummiirfancom.html

    ReplyDelete
  2. Kg kepayang fair park lia.....salam perkenalan.....

    ReplyDelete
  3. raya i ok macam tu je.. biasa biasa..

    ibuemir

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails