Minggu 6 Julai 2026 - 12 Julai 2026, Dania dan kawan-kawan bacelor UPM ni 'study week' jadi kawan-kawan sebilik dengan Dania masa asasi dulu plan la nak keluar sekali. Hanya 1 hari je sekitar KL je pun. Mulanya nak ke Port Dickson nak healing tepi laut la konon-kononnya tapi di saat akhir ke KL sahaja tapi akan buat satu aktiviti bersama.
Pagi, saya dan Dania naik satu kereta dan hubby kereta lain. Kami datang asing la sebab hubby lepas tu nak ke tempat kerja. Saya akan hantar Dania ke MRT.
Kami makan dulu di Tamam Tea & Coffee ni. Order hubby dan saya ialah....hubby pilih kuetiau goreng dan saya bubur ayam.
Dania pilih roti planta.
Ni masa hantar Dania ke MRT. Mereka bertiga akan berkumpul di sini.
Dania wefie gambar dalam MRT dengan 2 kawan. Nanti 3 orang lagi akan jumpa kemudian.
Mereka makan pizza nampaknya. Gambar ni yang Dania whatsapp.
Makan ice cream jugak nampaknya.
Gambar ni saya suka. Gambar dalam cermin kat tempat mereka buat kraf iaitu di Teja Studio yang terletak di The Stories of Taman Tunku, KL. Boleh google la nanti. Mereka pilih untuk buat resin keychain. Wafa dah siap-siap kumpul duit untuk mereka ni dan siap booking masa dan tarikh. Jadi, mereka datang la waktu yang mereka booking tu. Saya rasa aktiviti yang menarik juga untuk girls. Tak silap saya harga untuk buat aktiviti ni RM39 selama 1 jam.
Ini hasil keychain Dania.
Hasil keychain semua orang.
Kemudian, Dania whatsapp saya kata nak ke The Campus, Ampang pula. Ni bergambar dekat tangga pulak.
Depan kiri ke kanan : Ayuni & Corina
Tengah : Hana
Barisan ketiga : Dania & Wafa
Belakang : Durrah
Ni nanti 3 orang....Wafa, Ayuni dan Hana akan intern masa cuti semester nanti. Mereka dari program Kejuruteraan Sivil, Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dan Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Last sem mereka akan diperuntukkan untuk buat projek kejuruteraan. Macam Sains Haiwan Dania, intern masa final sem. Corina pula next semester akan intern selama 1 tahun. Ada certain course di UPM ni 3u1i (3 tahun belajar dan 1 tahun intern). Mungkin universiti lain ada juga course macam ni. Jadi mereka nak habiskan masa bersama la sebelum Corina intern.
Ni masa balik dah ni dalam MRT.
Ni dah tiba kolej tapi saya akan hantar Corina balik kolej. Wafa pula memang kat K10. Selalu tempat mereka berkumpul kat K10 ni la...kolej untuk mereka yang ambik Kejuruteraan dan Senibina.
Sebelum balik, Wafa dah siap bagi tahu saya tarikh mereka plan nak jumpa buat kali terakhir sebelum Corina intern. Pergi makan dekat-dekat je.
XOXO,
Ezna












Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.