Thursday, May 29

Teaser Nippon Paint tolong rumahku! Bersama Era FM

Pagi yang ceria seawal 9 pagi lebih, team produksi, bahagian promosi Era FM, wakil dari Nippon Paint dan team cat dah datang bertandang ke rumah saya.

Ambik kesempatan berphotoG sementara orang masih tiada. Bihun tempahan tiba seawal 8.30 pagi. Saya sediakan roti krim juga bersama air mineral. 


Ni team produksi. Yang tengah makan tu sebenarnya bagitau saya yang beliau juga yang datang masa Kak Engku Sinar FM datang rumah saya bagi sarapan tempohari. Hehehehe....saya tak perasan pun beliau. Cerita cabaran sarapan sihat bersama Nutrisoy dan Sinar FM di sini. Memang ada la muka Patrick kat link tersebut. Hehehe. Baru saya perasan. Wakil promosi Era fm yang perempuan membelakangi kamera ni. 


Rumah saya sebelum ubahsuai. Yang pakai tudung tu wakil daripada Nippon Paint. 



Pasukan cat dah mula mengacau cat dan buat persediaan. Saya confirm balik cat yang dipilih. Ada 5 orang tukang cat yang juga tukang membersihkan rumah dan tukang angkat barang. 


Masa ni tengah tunggu apa tah, saya lupa. Hubby ada sekejap kemudian bergegas ke office sebab nanti tengahari nak balik ke rumah sebab nak shoot bersama Ray dan Haniff Era FM. Nama hubby yang menang pengubahsuaian daripada pihak Nippon Paint ni. 

Wajah rumah saya setelah ditransformasi akan saya update setelah pihak Era FM update pengubahsuaian rumah saya di web Era FM. 

2 comments:

  1. wahhh..nanti jgn lupa ye up gambo lepas ubah suai =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sbb blog u n kawan2 slalu bg inspirasi utk join contest..finally walaupun baru sikit join alhamdulillah dpt menang fully paid trip to europe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails