Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 5

Pemenang Cabaran Sarapan Sihat bersama F&N Seasons NutriSoy dan Sinar FM!

Sabtu baru ni, Sinar FM datang rumah saya pagi sebab saya salah seorang pemenang atau pemenang terakhir untuk Cabaran Sihat bersama F&N Seasons Nutrisoy dan Sinar FM. Wakil Sinar FM kata nak datang rumah saya pukul 10 pagi. Sedang sibuk hubby nak beli Twister langsung saya dapat call kata mereka dah nak sampai dalam 10 minit. Masa tu dalam pukul 9 pagi. Kelam kabut pergi beli Twister. Senang. Tak payah bancuh, terus je minum. Hehehe. Saya pun start Whatsapp jiran-jiran saya. 

Saya sediakan sarapan bihun goreng dengan nasi lemak dengan air tebu Yeos dan Twister. Opppsss kena tutup air Twister sebabnya saya menang tajaan dari NutriSoy F&N. Lain company maaa :-) Saya menang ni Cabaran Sarapan Sihat kan??? tapi ni agak2 sarapan sihat ke? Nasi Lemak dan Bihun. Ada crew Sinar kata propa jer...Hehehe. KE tak makan nasi lemak sebab nak jaga badan. Jadi pengacara Kilauan Emas la katakan....crew termasuk KE dalam 7-8 orang juga. 


Masa ni Kak Engku tengah nak potong pek Corn Flakes ni sebab nanti saya, KE dan Dania kena demo makan Corn Flakes. Sarapan pagi yang menyihatkan!



Ni tengah shoot video la ni. Kena berlakon sikit. Ohhhh i just love warna electric blue shawl bawal saya ni :-) Senang nak bentuk. Dania memalu bila KE tanya sedap tak? Main angguk ajer sampai KE kata mana suara ni? 


Haa kau...kena makan Corn Flakes dengan Nutrisoy. Errr sejujurnya saya kurang dengan air soya. Chewahhh Dania pun kemain berlakon ya...hehehe....pun kurang dengan air soya. Kalau nak try boleh juga letak air soya dalam corn flakes kemudian campurkan potongan pisang dengan sedikit madu. 



Ni saya dapat hamper awal sempena Hari Ibu. Bunga Lily yang harum. Selain tu tin soya dalam tu. Huhuhu....



Bergambar dengan KE, famili saya dan Rizal. Rizal ni dah jadi Pengurus Besar di Sinar FM. KE kata bos dier. Errrr mamat ni ler yang saya terkantoi dulu. Dulu beliau Penolong Pengurus di Era FM. 'Kami semeja dengan sorang mamat ni. serta deejay Ray. Ala....deejay yang slot pagi tu Johara. Johan Hanif dan Ray. I punya la cakap i tak dengar sangat Era FM sebab i dengar Mix FM. I tak kenal sangat deejay Era ni. Hehehe. End up bila announce nama, mamat tu rupanya Penolong Pengurus Era. Gulp!!! Hehehe :-)' Blog post kat link ni ya :-)

Rizal ni kata kat saya wahhh tererlah berlakon. My friend Shikin siap nak jawap je dah biasa.....huhuhu....nasib tak kata. Ye...memang betul....sebab contest la saya banyak terdedah dengan interview di TV, suratkhabar atau majalah. Pengalaman yang berharga bagi saya....


Ni tokey Pavlova ni nama Shikin. Weehoo.....siap sponsor Pavlova lagi :-) TQ TQ




Ni jiran yang terlewat datang Wan Nor Azlina dan Zakwan. Selisih kereta kot dengan KE dan crew yang lain. Serius, baru je KE balik muncul pulak Lin dan anak. 



Dania dengan kawan sekolah Nadia. Famili Nadia pun terlewat datang. Tak dapat jumpa KE. 



Dania dengan Zakwan Amsyar.


Ni lah sarapan yang saya dapat telur, cake mix, pancake mix, buah epal, buah kiwi, buah pisang, buah prunes, yogurt, mentega kacang skippy, roti, quaker oat, errr NutriSoy jangan cakaplah....banyak tin woah....


Tengah discuss masalah negara...hehehe...



Ni mak Nadia ni...namanya Radhiati. 


Kawan satu sekolah rendah, sekolah agama dan jiran setaman. 


Alolo cutenya Zakwan :-)



Errr ni bakal pemain golf cilik ni...hehehe :-)



Close up hamper untuk Hari Ibu. Sampai hari ni bau bunga Lily ni kuatnya....


Memang tak jemput orang ramai pun. Setakat jiran terdekat yang baik ajer. Kecil kecilan ajer. :-)

4 comments: