Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, November 18

Hari Kecemerlangan Sekolah Agama dan Kebangsaan tahun 2013

Entry ni me blog terus 2 in 1 hari kecemerlangan. Hari Kecemerlangan pada 14 November kat Sekolah Rendah Agama. Seawal 2 petang dah tiba kat sekolah. Majlis start pukul 2.30 petang


Orang pun tak ramai lagi. Hubby yang duduk depan belah kanan tu. Tempat duduk lelaki dan perempuan dipisahkan. 


Dania dan kawan-kawan yang menerima anugerah ditempatkan di dalam dewan yang lain. 


Me snap gambar piala Dania ni. Piala ni ikut kelas. 


Sebelum majlis anugerah, Dania masuk nasyid. Ustaz guru kelas Dania yang ajar nasyid ni sebab ustaz ni yang handle persembahan. 


Dania belah kiri sekali. Tunduk je semua. Ustaz yang suruh menyanyi tunduk. Muslimah gitu. 


Lepas tu kena beratur pulak. No. 3 ambik hadiah dulu then baru No. 2 dan No. 1. Dania bersama Nabilah yang juga satu sekolah kat sekolah kebangsaan tapi lelain kelas. 


That;s my girl. Remark daripada MC, baru masuk sekolah terus dapat No. 1. 


Pose dari Dania sebelum bergegas ke Sekolah Kebangsaan sebab ada photoshoot pakai jubah graduasi. 


Yang ni pulak Anugerah Kecemerlangan kat Sekolah Kebangsaan. Diadakan sehari selepas Sekolah Rendah Agama. 


Tiba taklah terlalu awal pun. Dapat duduk tempat ketiga dari depan. 


Me sibuk ambik gambar Dania tengah get ready dalam barisan. Yang sebelah ni rakan sekelas Dania. Dapat tau dari guru kelas, Dania dapat No. 1 juga kat dalam kelas. Sekolah ni takde anugerah No. 1 dalam kelas cuma No. 1 keseluruhan ajer. 


Ucapan dari guru besar Sekolah Kebangsaan. 


Ada persembahan gak. 


Yang ni persembahan rekorder. Salah seorang tu murid yang No. 3 dari kanan tu anak kepada kawan hubby. Aiman Haziq namanya. Wahhhh berapa anugerah Aiman dapat. 3 kot kalau tak silap me. 


Ni anak ummi dengan baju graduasi. Topinya takde lak terjuntai tali tu. Dah tercabut gamaknya. 


Berdiri dulu kat spot ni. Bila nama dipanggil kena tunduk. 


Sibuknya la ummi Dania snap kat depan dewan masa ni. Hehehe....


Ok....kita berkumpul balik penerima anugerah ex Tadika Little Caliphs. :-) Dari kiri Ali, Arisya, Dania dan Ameera. 


Moga ini permulaan kejayaan Dania dan more to comes. Insyaallah. Bukan hanya di dunia tetapi juga berjaya di akhirat kelak. Masih jauh lagi perjalanan Dania.....

Tahniah sayang!!! Dedikasi anugerah ini juga buat Allahyarhamah Hajjah Robiah kerana mak pernah cakap bila Dania kata Dania dapat No. 2, mak kata kenapa tak dapat No. 1? Bila Dania dapat No. 1 mak pula tak sempat tengok.....

****Ini untuk Tok :-) (Orang Kedah panggil Tok untuk nenek perempuan dan Tok Wan untuk atuk lelaki) 

2 comments:

  1. tahniah dania...sek agama & sek ekbangsaan dpt anugerah

    ReplyDelete
  2. comelnye anak akak..tahniah yer
    jemput singgah page baru saya
    https://www.facebook.com/pages/Tudung-Terkini/474205746007448?fref=ts

    ReplyDelete