Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 14

Hadiah buat puteri yang membahagiakan hati ummi :-)

Hadiah buat puteri tersayang sempena harijadi ke 9 pada tahun ni best sebab 2 in 1 dengan nak masuk sekolah tahun depan. Hehehe. Beg jenama swan (ada promo kat Giant Kinrara) me tengok fabrik beg ni nampak tahan lasak dan bekas pensil yang kebetulan sama corak. Me beli menggunakan voucher Giant yang me menang. Save dah kat situ. Hehehehe. Botol air ni beli kat Aeon. Dania sendiri pilih warna biru sebab nak match dengan beg biru berkotak ni.   


Ni baju lengan panjang jenama Kikilala buat puteri ummi. Beli kat Aeon jugak. Harga me tengok selalu ada offer. 


Yang bawah ni hadiah untuk kawan-kawan Dania :-) Baju T-Shirt Kikilala lengan pendek ni dan kad Happy Birthday buat Fitrah kawan Dania. Birthday 5 hari lewat dari Dania :-) dan set alatulis untuk anak kawan me yang juga pernah bersekolah tadika dengan Dania :-) Berkenan dengan Birthday Card princess tu. Kat dalam siap suruh please colour me lagi...


Bila me tanya hadiah beg, bekas pensel, botol air untuk sekolah tu kira hadiah birthday jugak eh?. Dania tak kisah. Hehehe. Balut pun tak. Kata Dania hadiah tu asalkan orang tu happy dan hadiah best. Fuhhh lega. Kalau dibuatnya Dania kata hadiah tu untuk masuk sekolah. Hadiah birthday nak yang lain tak ke haru?.....Hadiah lagi satu kengkonon Hadiah birthday ialah bawak Dania ke Kidzania kali kedua tahun ni. Thanks to Oreo :-) Tapi yang penting bak kat Dania asalkan orang yang menerima tu happy dah buat kita yang memberi ni happy. 


1 comment: