Wednesday, November 13

Kidzania buat birthday girl

Hubby sangat sporting sebab lepas breakfast hantar me and Dania ke Kidzania :-) Tq abang/ayah. Lepas tu hubby balik rumah. Tiba kat kaunter nampak ni.....

Tickets for today are sold out. Me cakap sudah....dah la me bawak voucher Kidzania je. Kena tunjuk kat kaunter untuk dapatkan tiket. Me try my luck lah. Padahal baru je pukul 9.30 pagi. 


Yay...akhirnya berjaya me and Dania masuk. Dania dah siap buat check list nak main mana dulu. Ni lah destinasi pertama. Disebabkan takde orang beratur, tah berapa round Dania bawak kereta ni. Kalau ramai yang beratur dapat pusing berapa round ajer. 


Pastu singgah masuk kedai dalam Kidzania ni yang kalau nak beli barang kena guna Kidzos. Dengan Kidzos, Dania beli file I'm a Hitz Kid. Harga barang2 dalam ni serendah 100 Kidzos. 


Dania nak peraga pakaian pulak kat Poney ni. Lepas tu kena perform fashion show kat pentas :-)


Buruh binaan ni dalam list Dania. :-) 


Dania buat ice cream ni. Masa nak ambik gambar, staff tak bagi. Terus tak jadi ambik gambar kat dalam. Err kat luar je lah yer....


Kat Marrybrown ni dah 2 kali Dania masuk. Nak dapatkan burger jer...hehehe....


Lepas solat, makan burger yang Dania buat tu. Alehaiii sikitnya sos cili dan mayonis Dania letak.... 


Dania siap letak kerusi ni kat depan Acting Academy ni sebab teruja nak masuk play Dora Goes Camping. Last time pergi Dania dapat jadi harimau. Hehehe. Sebelum tu ada datang sini pukul 11 tapi mereka dah select pelakon. Pelakon cuma 5 orang ajer jadinya kalau lambat memang tak dapatlah. Jadual kol 3.15 petang. Kol 2.30 petang dah duduk depan pintu. Ni kira pelajar berdedikasi ni. Hehehe. Tu yang sanggup makan burger depan tu. 


Melebar senyumnya sebab Dania dapat jadi main cast. Dora.....hehehe.....Dania sarung ajer baju Dora tu so tudung tu tetap pakai. 


Kakak Dora la yang suruh adik Dora nak cakap apa-apa tu. 


Terjumpa pula anak kawan me Ina kat sini. Syafiq ni yang datang dekat me dan salam. Terkejut jugak me sebab tak sure Syafiq ni nampak me kat mana sebab tetiba ada je depan mata. Syafiq ni datang jemputan birthday kawan kat Kidzania. Wahhh sambut harijadi kat Kidzania. Yang ada ada ajer boleh buat kat sini ni....Dania masa ni nak tunggu masuk Stabilo nak buat kraf. 


Last sekali Dania jadi pilot. 8 pekerjaan je boleh explore sebab hari ni punyalah sesak. Banyak sekolah buat rombongan. Sejauh Kulai dan Ipoh juga. kalau idak, takdelah ticket sold out hari ni. 


Janji Dania happy ok lah sebab Dania sendiri cakap ni hadiah birthday dier :-) Oreo yang cover ticket. Yay....tq tq Oreo....Dania teruja juga datang sini walaupun dah kali ke 6. :-) 

2 comments:

  1. Kidzania ni bukan budak2 saja yang teruja masuk. Parents pun naik syok :D. Aishah pernah pergi sekali tapi banyak yang anak tak dapat buat sebab ramai sangat orang, maklumlah cuti sekolah.

    ReplyDelete
  2. sronok dania dpt pegi kidzania...ingt nk bw gk tisya nanti tp tktau bila

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails