Bila nampak iklan Poplook menari-nari, saya tengok la kan. Niat nak tengok je. Hehe
Sekali ada Extra Raya Sale la kat Poplook ni. Apa lagi....checkout la buat tambah baju kuliah Dania.
Saya pilih yang ini warna sand. Design ni dah lama kat Poplook tapi ok je la. Disebabkan saiz pun tak banyak jadi harganya rendah lagi. Dania ada design ni sebijik tapi warna light blue.
Manis la bila ada ribbon kat bahagian depan baju. Nampak feminin je. Ni warna sand jadi warna ni neutral la.
Ini pula sebab design ni tinggal 1 unit je jadi harganya juga turun. Terus la kita check out. Design nak sama dengan yang atas sebab ada ribbon kat bahagian hadapan baju. Ini pula warna purple plain je la takde corak.
Haaa cukup la dulu ummi top up baju kuliah Dania ni.
Janji design menutup aurat dan manis dipandang la. Paling penting fabriknya serap peluh la dengan cuaca yang panas membahang ni kan. Dania tak tahu lagi ni. Buat surprise la bila dah tiba nanti. 😊
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.