Khamis, Julai 12

Pesta Flora jam 12 tengah malam

I ajak hubby pergi Pesta Flora. Sabtu malam tu, kami pergi le Putrajaya. Tiba sana pun dah kemuncak Pesta Flora. Jalan punyalah jam kat sana. Dok pusing2 cari parking dah dekat 11.30pm. Pesta Flora tutup pukul 12 tengah malam. Merasa jugak snap few photos. Terserempak dengan kakak sepupu i iaitu ibu kepada mangsa tanah runtuh rumah anak2 yatim hulu langat. Anak dier bukan anak yatim tapi tumpang belajar agama di sana pada hari kejadian.  

Ambik gambar bunga api dalam kereta jer. Apakan daya, jalan jam

Orang semua kebanyakkannya nak balik dah. Kami baru tiba...hik hik

Cantiknya bunga2 ni

Ada juga flora parade

Berwarna warni 

Bunga pink purple tu cantiknya......mementang favourite colour.....

Arca dan ikan lumba lumba

Disebabkan kami semua lapar, singgah dulu makan burger kat sini. Ada uncle tu siap dah kemas2 meja lagi. Ater??? tak paham paham lagi ker?...hehehe....
 

Berdekatan tempat pengunjung makan, ada taman arnab. So Dania ke ummi dier excited nak masuk dalam. Bayaran RM3 dikenakan seorang. Kalau nak feed arnab ni kena bayar RM1 untuk 1 paket sayuran. I beli 2 paket.

Banyak ekor arnab ler kat sini. Ada arnab tu siap melompat lompat bila orang datang. Ewww....berlari mak nyah......hehehe.....walau arnab tu kecik dari i, i tetap takut you....

Arnab ni takut pulak i tengok sebab arnab ni besar. I rasa mungkin arnab daging nih...

End up, sebab arnab2 dalam cage ni sangat comel...i mintak hubby belikan sepasang arnab :-) Dania pun excited :-) Arnab ni kalau dewasa pun kecik jugak. Baka arnab ni bulu panjang.

Arnab putih ni betina berumur 2 minggu. Mata arnab betina ni macam pakai celak

Arnab putih coklat ni jantan dan berumur tak sampai sebulan

Jadinya.....hubby le tukang bawak cage arnab pukul 12 tengah malam. Jarang dibuat orang tu beli arnab malam-malam buta. Dah la sesat sesat nak cari kereta kami parking kat mana sebab tak ingat. Hehehe.

Arnab putih dan arnab putih coklat milik kami sudaa....

7 ulasan:

  1. bestnya dpt gi pesta flora...sy tak berkesempatan nak pergi...

    BalasPadam
  2. Lor..sempat bli arnab?hehe..tp gebunya arnab2 kt situ ek..

    BalasPadam
  3. Lawanyaaaa. Me tak sempat pergi this year huhuhu

    BalasPadam
  4. sadis sebab tak dapat nak pergi pesta flora tahun nie.. :( tak ada rezeki.. eh siap beli arnab ha.. hehe.. mmg jarang org buat beli arnab tgh2 malam. :)

    BalasPadam
  5. cikwa msa duk putrajaya dlu pon amik pic bunga api dr kete je..sangkut kat jem..huhu
    comeinye rabbit..suke2!!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...