Kawan baik Dania datang hantar hadiah birthday

Kawan baik Dania masa sekolah menengah, Nur Zalilah....nak datang rumah hantar hadiah Dania. So ya....Zalilah datang dengan adik dia. Mereka dari Lalaport, Kuala Lumpur ada Anime punya event. 

Dania dan Zalilah. Dari Form 1 - Form 5 baik. Tapinya F.3 ada terpisah sikit. Bukan terpisah apa, kelas lain-lain jadi Dania baik dengan classmate dia je lah. Dania masa tu 3 Dedikasi dan Zalilah 3 Dinamik. Lepas tu F.4-F.5 jumpa balik di kelas Inisiatif. 


Zalilah bagi Dania patung Mofusand. Dah Zalilah tahu Dania minat sangat dengan watak ni. Ada juga landyard Mofusand. Bila tengok price tag dari Kinokuniya. Memang kat Kinokuniya ada jual barangan Mofusand jugak. 


Berkawanlah sampai bila-bila pun ya. Dania plan nak ajak Zalilah berbuka puasa nanti tahun depan. Walaupun tak selalu berjumpa sebab Zalilah kat Unisel, Dania kat UPM tapi mereka ada juga keluar sesekali. Tak selalu berjumpa tapi bila time birthday mesti dapat hadiah. 


Bila Zalilah kata nak hantar hadiah, Dania pun prepare juga gift untuk Zalilah. Ada buku nota, highlighter dan kalendar 2026. 

 

Terima kasih Zalilah!. 




XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.