Pemenang National Young Reporter For The Environment Malaysia 2026 (NYRE)


Bila hari tiba kat rumah tu dapat berita ni. Dania dapat No. 2 untuk Photo Story pertandingan yang diadakan oleh Green Growth Asia Foundation dan partners. Kali ni siap ada komen dari juri lagi. 

Dania bercerita tentang kepah di Tasik Timah Tasoh, Perlis. Boleh baca kat sini

Boleh la minta anak-anak sekolah terutamanya untuk sertai sebab sijilnya diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk PAJSK. Boleh dapat sijil peringkat kebangsaan kalau tak silap saya. 

Pertandingan yang diadakan ni untuk menjadi wartawan untuk menyuarakan pendapat tentang alam sekitar. Saya rasa bagus untuk beri kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga bumi untuk generasi yang akan datang. Ia boleh disertai oleh pelajar sehingga ke peringkat universiti yang berumur 10 tahun - 24 tahun. 

Ada beberapa kategori yang dipertandingkan merangkumi tajuk seperti :

- Pollution
- Loss of Biodiversity
- Climate Change

Kategori :

- Written article
- Stage Campaign Photo
- Photo Story
- One take photo 
- Short form campaign video
- Long form reportage video
- Podcast

Hadiah yang Dania dapat :

1. Prize worth of RM200
2. Trophy
3. Certificate of achievement

Hadiah belum dapat lagi tapi cert of participation dah dapat.


Dania juga pernah menang untuk NYRE Malaysia pada tahun 2024 & 2025

- No. 1 Photo Story NYRE 2025
- No. 2 One Take Photo NYRE 2025
- No. 3 Photo Campaign NYRE 2024

dan latest No. 2 Photo Story NYRE 2026. Nampaknya ketiga-tiga nombor Dania dah pernah dapat. Kali ni tak sangkanya ada juga nama naik sebabnya masuk pun last minute je lagi beberapa hari nak tutup. Dania buat ni masa cuti study week last sem. Sempat juga selit nak masuk pertandingan ni last minute. 

Hadiah dan sijil pencapaian belum dapat lagi. 




XOXO,
Ezna


Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.