Interview di Al Salam Farm kemudian ke Q Bistro

Alhamdulilah, baru-baru ni Dania dan kawan-kawan dah selesai interview owner Al Salam Farm dah. Nak settle kan sebelum bercuti semester nanti yang dijadualkan 9 Nov - 15 Nov 2026. 

Ni jalan masuk ke farm ni. 


Kawan-kawan Dania dalam 4 orang tu naik kereta Mazda Wenbin. Pelajar dari China ni memang ada kereta. Katanya duduk berdekatan dengan Mines. Senang nak mencari makanan cina. 

Nampak ada tambahan kambing dari yang kami datang sebelum ni untuk survey tempat. 


Kambing tengah in heat / on heat. Yi Lin kata ada pembiakan natural la. Rupa-rupanya kedua kambing ni jantan. Kalau tengah in heat / on heat, jantan pun boleh cumanya tak akan terjadi embrio kambing la. 


 Yi Lin kira berapa ekor kambing kat sini dan ternyata 49 ekor. 


Belakang : Wenbin, Suaidah
Depan : Dania, Yi Lin dan Melissa

Group Dania ni berbilang bangsa melayu, cina, sikh dan international dari China.

Interview owner dari Mesir dan kambing ni semua dari Thailand. Tema dia berbilang kaum, agama dan negara. 


Masa ni mereka tunggu Mohamed tak kunjung tiba. Mohamed hantar daging kambing kat Seri Kembangan. 






Nasib baik tunggu Mohamed pun tak lama. Kat dalam tu anak saudara Mohamed yang hanya tahu berbahasa arab. 


Comel yang berwarna putih ni. 


Kambing yang ni kena tambat sebab kepala dia luka. 


Mohamed sibuk menjawab soalam yang ditanya. Wenbin bila suruh tanya dia kata tak ada soalan nak tanya. Mohamed kata nak besarkan farm ni dengan bela rusa pula. 


Dania sibuk tengok soalan agaknya. Permintaan daging kambing ni amat menggalakkan kerana pelanggannya terdiri dari orang mesir pemilik kedai nasi arab kawasan sekitar. 


Selesai interview, mereka lapar sebab start pun tadi jam 9 pagi. Yi Lin ada pass biskut kat Dania juga. 

Wenbin yang terpaling orang Malaysia sebab makan nasi lemak, Suaidah makan putu mayam, Yi Lin dengan carbonara, Dania mi sedap goreng dengan telur mata dan Melissa makan Chicken Chop. 


Wenbin ni sesekali Yi Lin akan cakap cina dengan dia. Wenbin pun boleh berbahasa inggeris dan bahasa kita ni cuma 1,2,3, makan, ayam, terima kasih. Susah juga la kan kalau limited bahasanya. Jadi cakap bahasa inggeris je la. Ada 5 orang pelajar China kat kelas Dania. 2 orang pelajar tu susah sikit nak faham bahasa inggerisnya. Pekat sikit slang dia. 


Dah selesai bab ni nak kena evaluate la farm Al Salam ni. Mungkin ada presentation juga untuk subjek Resource Planning and Evaluation. . 




XOXO,
Ezna
 


37 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. bagus team work ni...
    semoga byk ilmu yang mereka dapat dari mohamed tu..

    BalasPadam
  2. Nampak serasi ahli kumpulan ni. Wenbin ni mesti anak org kaya kat China 😅 Masih belajar tapi dah bawak kereta Mazda. Ramai jugak org Mesir yg menetap di Malaysia, nasib baik ada ladang yg membekalkan daging kambing dekat restoran2 Arab ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa2 memang anak orang kaya ni. Dengar cerita masa Masters nanti Wenbin nak belajar kat Australia pula. Terlupa nak tanya datang belajar kat Malaysia ni dapat scholarship ke bayar sendiri.

      Padam
  3. Tgk kambing, trigt kambing perap pak mat western =D

    BalasPadam
  4. Masalah komunikasi dengan orang asing ni memang biasa. Kat Management Office tempat saya kerja ni kena guna google translate bagi pelajar warga asing yang tak pandai English.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang mereka faham, nak balas balik tak reti. Kalau dibuatkan loghat mereka pekat kita pulak tak faham.

      Padam
  5. Hahaha ingatkan pasangan kambing jantan dan betina, rupanya dua-dua jantan! 😂 Menarik juga dapat perhatikan tingkah laku kambing secara langsung. Siap Yi Lin kira sampai 49 ekor, memang pengalaman lawatan yang menyeronokkan dan penuh ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....kami saksi kat situ. Hehe....sebenarnya kalau mereka tengah nak mengawan bukan kira jantan ke betina selamba je. Kalau dengan betina mungkin ada hasil. Rupanya jantan dengan jantan pun ada judak.

      Padam
  6. Alamak, kambing tu jate ngan jate ke? Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....kalau memang nak mengawan dia tak kira.....

      Padam
  7. Bagus team Dania bercampur kaum dan warganegara. Indirectly boleh improve BI juga bila masing-masing converse in English.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya team Dania ni unik sikit. Berbilang kaum dan international pun ada. Kebetulan pula. Kalau nak explain dengan Wenbin kena guna bahasa inggeris. Wenbin pun english dia ok.

      Padam
  8. geram pulak kambing2 warna cam tu kan? Rasa nak kejar je

    BalasPadam
    Balasan
    1. UG geram, saya takut. Haha....tapi memang ada kambing comel. Nak nak anak dia....cute UG.

      Padam
  9. Semoga dipermudah untuk urusan seterusnya ..aamin..

    Comel la kambing yang last sekali tu..warna putih..

    BalasPadam
  10. Syabas semua, bagus teamwork nya. Moga terus cemerlang.

    BalasPadam
  11. Kalah kambing ini pasti banyak peminatnya ... Apalagi di Malaysia, Indonesia pun banyak menu2 berazaskan kambing. Jadi peternakan kambing pasti laku.

    Teringat dulu zaman kuliah, students di kelas saya banyak dari China daratan . Tapi yang bahasa Inggrisnya susah nak saya tangkap, itu students Mongolia 😅😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau China daratan ni jika di daerah jauh di pedalaman, bahasanya agak sukar untuk faham.

      Padam
  12. Makin besar la farm dia nnt. Dania, masyallah so comel. wenbin tu tak macam china boy la. nak melayu sikit2 lak.

    BalasPadam
  13. kagum dgn org2 luar yg sgt pandai berbisnes di malaysia!! last2 org local jd kuli/pekerja ajer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu betul....tapi dalam kes Mohamed ni pekerja dia ambik orang arab juga. Mungkin senang nak berkomunikasi. Ada seorang anak saudara dia yang kerja sekali.

      Padam
  14. morning ezz...i singgah BW jap pagi2 khamis ni

    BalasPadam
  15. just curious je
    mohamed tu kiranya dia kahwin dgn org tempatan laa ya?

    lama sy tgk yg berbulu tu...
    sekali pandang mcm real
    tp yg tu bulunya dicukur kannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohamed tu kahwin dengan orang tempatan. Orang Malaysia Anies....biri-biri yang berbulu pelik tu biri-biri Malin.

      Padam
    2. Rasa macam tak dicukur. Memang gitu bulunya....

      Padam
  16. cantik betul yi lin tu. mesti banyak perkongsian dari owner kambing tu. lepasni nak tambah rusa pulak ye :D

    BalasPadam
  17. Tengok bulu kambing yang tompok-tompok tu rasa trypophobia pulak huhu

    BalasPadam
  18. terus rasa nak makan lamb chop..hahahhaa....boleh...lepas jumpa doc la sabtu ni nak makan lamb chop

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.