Interview di Al Salam Farm kemudian ke Q Bistro

Alhamdulilah, baru-baru ni Dania dan kawan-kawan dah selesai interview owner Al Salam Farm dah. Nak settle kan sebelum bercuti semester nanti yang dijadualkan 9 Nov - 15 Nov 2026. 

Ni jalan masuk ke farm ni. 


Kawan-kawan Dania dalam 4 orang tu naik kereta Mazda Wenbin. Pelajar dari China ni memang ada kereta. Katanya duduk berdekatan dengan Mines. Senang nak mencari makanan cina. 

Nampak ada tambahan kambing dari yang kami datang sebelum ni untuk survey tempat. 


Kambing tengah in heat / on heat. Yi Lin kata ada pembiakan natural la. Rupa-rupanya kedua kambing ni jantan. Kalau tengah in heat / on heat, jantan pun boleh cumanya tak akan terjadi embrio kambing la. 


 Yi Lin kira berapa ekor kambing kat sini dan ternyata 49 ekor. 


Belakang : Wenbin, Suaidah
Depan : Dania, Yi Lin dan Melissa


Masa ni mereka tunggu Mohamed tak kunjung tiba. Mohamed hantar daging kambing kat Seri Kembangan. 






Nasib baik tunggu Mohamed pun tak lama. Kat dalam tu anak saudara Mohamed yang hanya tahu berbahasa arab. 


Comel yang berwarna putih ni. 


Kambing yang ni kena tambat sebab kepala dia luka. 


Mohamed sibuk menjawab soalam yang ditanya. Wenbin bila suruh tanya dia kata tak ada soalan nak tanya. Mohamed kata nak besarkan farm ni dengan bela rusa pula. 


Dania sibuk tengok soalan agaknya. Permintaan daging kambing ni amat menggalakkan kerana pelanggannya terdiri dari orang mesir pemilik kedai nasi arab kawasan sekitar. 


Selesai interview, mereka lapar sebab start pun tadi jam 9 pagi. Yi Lin ada pass biskut kat Dania juga. 

Wenbin yang terpaling orang Malaysia sebab makan nasi lemak, Suaidah makan putu mayam, Yi Lin dengan carbonara, Dania mi sedap goreng dengan telur mata dan Melissa makan Chicken Chop. 


Wenbin ni sesekali Yi Lin akan cakap cina dengan dia. Wenbin pun boleh berbahasa inggeris dan bahasa kita ni cuma 1,2,3, makan, ayam, terima kasih. Susah juga la kan kalau limited bahasanya. Jadi cakap bahasa inggeris je la. Ada 5 orang pelajar China kat kelas Dania. 2 orang pelajar tu susah sikit nak faham bahasa inggerisnya. Pekat sikit slang dia. 


Dah selesai bab ni nak kena evaluate la farm Al Salam ni. Mungkin ada presentation juga untuk subjek Resource Planning and Evaluation. . 




XOXO,
Ezna
 


7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. bagus team work ni...
    semoga byk ilmu yang mereka dapat dari mohamed tu..

    BalasPadam
  2. Nampak serasi ahli kumpulan ni. Wenbin ni mesti anak org kaya kat China 😅 Masih belajar tapi dah bawak kereta Mazda. Ramai jugak org Mesir yg menetap di Malaysia, nasib baik ada ladang yg membekalkan daging kambing dekat restoran2 Arab ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa2 memang anak orang kaya ni. Dengar cerita masa Masters nanti Wenbin nak belajar kat Australia pula. Terlupa nak tanya datang belajar kat Malaysia ni dapat scholarship ke bayar sendiri.

      Padam
  3. Tgk kambing, trigt kambing perap pak mat western =D

    BalasPadam
  4. Masalah komunikasi dengan orang asing ni memang biasa. Kat Management Office tempat saya kerja ni kena guna google translate bagi pelajar warga asing yang tak pandai English.

    BalasPadam
  5. Hahaha ingatkan pasangan kambing jantan dan betina, rupanya dua-dua jantan! 😂 Menarik juga dapat perhatikan tingkah laku kambing secara langsung. Siap Yi Lin kira sampai 49 ekor, memang pengalaman lawatan yang menyeronokkan dan penuh ilmu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.