Saya, kalau ada aktiviti macam ni saya akan excited. Jadi, pada 24 Oktober 2026 pun kami ke sini.
Credit : Facebook Universiti Putra Malaysia
Laluan ke sini.
Parking dalam ni luas.
Tiba kat Bangunan Pascatuai, Unit Sayuran ni singgah beli apa yang patut kat sini dulu. Adik-beradik saya kirim sawi. Dania pilih sawi untuk Aunty. Sebelah sawi tu daun ubi. Besar betul plastiknya. Tak tahu berapa ringgit tu.
Labu pun ada tapi saya tak reti masak labu.
Bergambar dengan En. Khairul. Pegawai pertanian yang mengajar Dania menanam sayur bayam dari awal. Masa tu Dania Bachelor in Agribusiness. Tiba-tiba cam saya dan tanya mana anak?. Hehe....mana taknya Dania je pelajar yang bawa ummi ke ladang. Haha. Rajin pulak tu ya mengerjakan bayam tu. Cuti2 pun datang tengok bayam. 😆. Hairan juga masih cam saya. Mungkin topi saya ada nama Ezna kot. Ke saya terlebih ramah?. Time Dania jaga bayam tu ada saya berborak dengan En. Khairul ni. Salah seorang pemerhati untuk bagi markah untuk amali Dania menanam bayam dan menjaganya sehingga tuai. Subjek Farm Practices : Food Crops.
Saya cakap dengan En. Khairul, Dania dah tukar course. Hubby menyampuk kata dia dah tak tahan nak memanam dah. 😅. Tak tahan nak menanam tapi subjek ni dapat A. 😅
Bergambar la dengan hubby. Encik Khairul siap bawa jagung suruh hubby pegang. Haha.
Nak pergi ladang jagung lalu dulu tempat terung.
Geram tengok terung ni. Tapi tak sure la ni boleh tuai dah ke sebab saiz kecik je tapi dah warna ungu pekat dah ni.
Orang luar pun boleh masuk untuk open farm day ni.
Penerangan macam mana nak tuai jagung. Kita dengar la kan walaupun dah banyak kali juga join petik jagung dalam UPM ni.
Anak ummi walau nak masuk ladang stylo tetap stylo. Hehe. Dengan cardigan dan T-shirt Mofusand. Seluar cargo dan topi ladang dia la tu gambar Mickey Mouse. 😅. Tudung pula Buttonscarves.
Nak tahu cara menuai jagung?. Nampak tak daunnya belah kanan kat jagung tu? Jadi....kepak ke kanan. Senang tertanggal. Nak kepak, ikut arah daun kat jagung tu. Kena cari juga yang rambutnya kering. Kemudian, rasa buahnya dari pangkal sehingga ke atas...patut rasa buahnya penuh bukan ada yang kosong / lopong. Cari buah yang bersaiz besar.
Ha macam ni la cara kepaknya.
Terus tercabut dari pokok.
Sambil tu ambik gambar dulu. Ni pesen apa tak tahu. Plastik jagung kat bawah ni.
Rerambut yang kering, menandakan jagung ni boleh dituai.
Kadang-kadang kat muncung atas ni ada ulat jadi berhati-hati la.
Ada kolam, ada pokok kelapa juga.
Lagi gambar. Nak bergaya punya pasal....plastik jagung letak bawah dulu la.
Saya pula nak tuai jagung. Nak beli 30 tongkol. Nak agihkan buat adik-beradik dan untuk diri sendiri.
Atas ni la tempat Dania tanam bayam dulu. Tapi....menjelang malam jangan la berani ke sini ya....sebab ada 👻💀. En. Khairul pesan dulu jangan datang sini lewat petang. Kat dalam stor simpanan barang ada. 😅👀
Barangan belian.
Ada sun melon, jagung, sawi, telur puyuh, burung puyuh frozen.
Jagung siap2 masukkan dalam plastik asing.
Ni ha buah jagungnya. Besar ke tak?. Ni jagung manis Green Eagle. Orang ladang suruh kami cuba rasa mentah. Perghhh manis ya.
Sawi ni murah juga RM3/plastik.
Sun melon ya ampun manisnya. Ada beli yang dah siap potong letak dalam bekas lagi.
Inilah aktiviti kami hari sabtu. Lepas tu balik rumah dulu sebab hubby rasa nak mandi sebab rasa miang kat tengkuk. Lepas tu keluar hantar kat rumah adik kat Cyberjaya. Adik kat Kelana Jaya later sebab dia nak keluar pulak. Lepas Cyberjaya, kami makan kat mana?. Later saya cerita ya.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.