Celebrate Dania dah habis kerja kat Watsons pun ada ya....haha. Jadi malam Dania berhenti tu kita makan kat Food Court Alamanda je. Ummi tak payah masak. Hip hip hooray 😆.
Saya pilih YTF dengan isi wantan goreng, telur puyuh dan kangkung. Ada mi juga....kuahnya saya pilih tomyam. Kadang-kadang nak sup ayam. Ikut la hari tu teringin nak apa.
Hubby dan Dania pilih sandwich dari Bask Bear.
Hubby pilih Cheezy Tuna and Egg Toastie.
Dania pilih Chicken Katsu.
Saya dapat top up (apa ke namanya? Hadiah RM30 kat Zus la) RM30 Zus dari blogger Retna sempena birthday Uyum. Sebenarnya saya komen biasa je. Bila Retna kata semua yang komen nama masuk Wheel of Names ya...saya macam blur sebab memang saya komen tapi saya tak masuk segmen birthday tu. Tu yang blur eh kenapa ada nama saya ni?. Apa pun dah rezeki namanya....saya tak tolak. Terima kasih buat blogger Retna. Try sana sini juga macam mana nak redeem RM30 kat dalam apps ni. Hehe....bab apps ni jenuh juga bagi saya tapi berjaya juga. Yayyyy
Meh la kita redeem alang-alang nak celebrate Dania dah berhenti kerja. CEO Latte ayah Dania, White Peach Oolong Milk Tea untuk Dania & Mango Smoothie untuk saya. Ehhhh mango saya ni sedap la.
Harga semuanya ialah RM33 jadi saya kena top up RM3 sahaja. Alhamdulilah. Terima kasih Retna lagi sekali....
Masa makan kat food court ada lecturer UPM kat berita berbincang pasal AI ancam keselamatan. Makin canggih sesuatu sistem tu sentiasa akan ada orang yang belajar untuk menggunakan aplikasi tu untuk tujuan yang salah.
Kita ada pilihan kan...nak jadi baik ke atau sebaliknya?.
Ni kisah makan-makan dan minum di Food Court Alamanda. Dengan ini, ummi declare ummi meletakkan jawatan sebagai pemandu F1 ke IOI City Mall dan akan berbalik kepada jawatan asal ummi pemandu F1 ke UPM. 😆
XOXO,
Ezna







Dania dah benti kerja dah..
BalasPadamlepas ni ke UPM semula la ni...
Memang dah....belum lagi meletakkan jawatan sebagai pemandu utama. Hehehe
Padamlama tk singgah baskbear....rezeki dpt topup rm 30 dlm apps zus tu
BalasPadamAlhamdulilah dapat RM30. Kebetulan Amy Bask Bearnya sebelah food court ni je.
PadamAlhamdulillah, Menanti cerita di F1 Sepang.
BalasPadamDah ada dah saya letak kat blog. https://www.eznakhalili.com/2026/10/f1-gulf-air-grand-prix-bahrain-in.html
PadamAlhamdulilah sis... minum zus sambil terbyg ditemani uyum kat sbeelah 😜🤣 rezeki... ekceli semua ucapan kat komen auto masuk list GA tu.. memang x perlu buat pape pun 😉😉
BalasPadamLar ye ke? Apa pun berbaloi betul sebab air mango smoothie tu sedap sangat. Terima kasih :)
PadamAlhamdulillah selesai part time Dania...lepas ni focus masuk kelas semula ye....Dania 12hb masuk Ucam semula dan ada test MUET bab speaking...so minggu ni dia gigih study kat rumah
BalasPadamYa SA...masuk kelas balik. Mulakan semester baru pulak. Eh lambat juga Dania ambik MUET ya...Dania saya masa Asasi dah kena ambik MUET tapi ok lah center kat UPM jugak. All the best buat Ainnul Dania Huda!
PadamLaju la Ummi bawak keta ye, driver F1 kan laju-laji ahak 😆
BalasPadamTak laju pun. Dania sendiri cakap ummi bawak slow. Haha. Saje letak F1 sebab F1 tu merujuk kepada driver.
PadamWaaa tahniah Ezna.. Sis jarang beli ZUS, tu sebab memang takde apps ZUS.. anak pun pelik hahahahah
BalasPadamSekejap je Dania dah habis kerja part time. Alhamdulillah rezeki dapat beli Zus.
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamRezeki dapat RM30. Moga dimutahkan rezeki pemberi dan penerima. Aamiin.
Aiiiih saya sukaaaa mie yang teksturnya tipis halus begitu kaaaak 😍😍😍😍. Sedaaaap yang begini. Lebih meresap bumbu.
BalasPadamLamaaa sangat tak makan YTF laah.
Nanti di Malaysia saya nak coba kopi yang lain. Zus selalu pesan tiap kesana. Nanti ganti brand lain yang saya belum coba 😄
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.