Hari pertama semester baru | Dania dah semester ke 5

Pagi-pagi masa nak hantar Dania, ternampak hot air balloon dah naik kat Farm Fresh @ UPM. Dah lama tak nampak ni. Dini masa nak proposed kat Janna Nick naik hot air balloon kat sini la. 


Senyum nampaknya pagi ni setelah penat F1 tak habis lagi. Tiba rumah jam 10.50 malam dan esoknya kelas jam 8.00 pagi. 


Hot air balloon dah terbang sampai sini. Ni masa nak masuk dalam UPM untuk ke Seri Serdang. 


Ini dekat main gate nak masuk kampus utama. Rindu pokok rendang ala kanopi ni. 


Kita tumpang jalan nak masuk ke main campus tapi nanti belok ke kanan selepas Masjid UPM nak menuju ke Sate 7 pagi. 

Pagi ni macam nak makan nasi lemak biasa je. 


Gu dengan Nescafe O Panas. 


Hubby ambik kuih lompang juga nak mengunyah sebelum makanan yang dipesan tiba.


Crowd masih ok sebab hari biasa. Kalau weekend, jenuh la beratur nak dapatkan meja. 


Hubby tunggu yang ni Kacang Pool. 


Ni pula masa hantar Dania petang. Patut petang tak ada kelas tapi Dania dan 6 orang lagi beramai-ramai jumpa Prof Dekan sebab nak minta tambah kuota untuk subjek elektif Feed Processing Technology. Sebenarnya banyak subjek elektif yang clash jadi mereka kumpul la sesiapa nak jumpa Prof Loh untuk buka kuota. Akhirnya dari 15 orang je kuotanya jadi 24 orang. Tukang explain Dania dan Karmila. Mulanya katanya 2 orang kot nak masuk jumpa Prof. Sekali semua masuk bilik Prof sekali. Terkejut Prof. Ada pegawai ingat kelas akan dijalankan dalam bilik Prof. Hehe. Takpelah janji elektif Dania dan kawan-kawan cukup untuk semester ini. 


Ni hadiah Farah bagi masa hari akhir kuliah semester lepas. TQ Farah!


Ni hadiah yang Farah bagi masa masuk semester baru ni. Keychain dari Singapura sebab ibunya out station ke Singapura. TQ Farah!


Ni pula Dania bagi kat kawan-kawan yang dia baik dalam kelas iaitu :
Ain : Scrunchie warna biru
Farah : Scrunchie warna merah
Qiha : Scrunchie warna hitam

Mereka dapat sekali sticker dan beg shopping. 


Shopping bag bahagian hadapan. 


Shopping bag bahagian belakang. Item semua ni dari jenama kat bawah ni. 


Jadinya semester ini Dania akan ambik 5 subjek :

1. Meat science 
2. Livestock waste management
3. Logistics and supply chain of livestock products (elective)
4. Resource planning and evaluation (elective) 
5. Feed processing technology (elective)

Total semua : 15 jam kredit

Jenuhnya nak merebut subjek elective ni. Kalau penuh, nak join kelas tu kena jumpa lecturer minta tambahkan kuota.

All the best Dania dan kawan-kawan. 




XOXO,
Ezna







Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.