Keputusan peperiksaan Dania untuk semester 4 baru je keluar dan kali ni on the dot dean's list. Alhamdulilah. Subjek makin naik semester memang makin mencabar juga. Kali ni Dania sangat runsing dengan subjek Livestock Breeding. Kesinambungan subjek Animal Genetics. Ni pun adik- beradik Genetics juga. Dania kata dia banyak kena ingat tapi nampaknya kedua adik-beradik Genetics ni Dania dapat A.
Bila habis final exam, Dania kata dia takut jugak Meat Animal Science. Lecturer pun agak strict. Kemudian takut juga dengan Dairy Science sebab ada satu soalan kira-kira yang Dania kata tak yakin betul ke tak. Poultry Science pula Dania kata macam tak yakin juga dengan jawapan yang diberikan. Eh....pun takut jugak. Dan.....Swine Science pula soalannya Dania kata tak tahu apa yang Prof nak dalam jawapannya dan tak confident dengan jawapan yang diberikan juga. 😨. Lepas tu ada yang cadangkan Dania ambil elektif Advanced Swine Science untuk sem 5 ni. Errr Dania kata yang Swine Science ni pun tough...nak ambil yang Advanced pula. Tu yang kena pilih elektif ni betul-betul.
Pengsan la ummi....semua pun tak yakin ðŸ˜. Jadi saya buat relaks buat peace je la. Tak harapkan apa-apa tapi kalau dapat itu bonus. Bila keluar keputusannya....boleh la menarik nafas lega. On the dot pun kira rezeki juga sebab subjek semester 4 ni boleh tahan susah. Ada kawan Dania bersedih sebab result turun. Dania pun whatsapp balik kata nanti bila nak ambil elektif, kena pilih betul-betul. Ada elektif yang susah jadi kalau boleh elakkan ambik elektif yang tu. Subjek English pula dah last dah Dania ambik ni. Ikutkan plan belajar tu semester 7 baru selesai semua English tapi Dania tarik subjek English ambil awal. Dibolehkan...ikut la kita boleh cope ke tak. Dania dapat Gred tertinggi untuk English. Ada gred 1-4. Kalau gred 1 tu kena la ambik lagi.
Next sem Dania kena ambik Livestock Waste Management dan Meat Science serta kena ambil 4 subjek elektif. Dania dah advance ambil 2 subjek elektif lebih dari kawan sekelas jadi tengok la mungkin this sem ambil 3 sahaja subjek elektif. Nak kurangkan jam kredit yang diambil jadi boleh la fokus.
Nak kekalkan CGPA untuk First Class Honours tu pun jenuh juga jadi Dania kena bekerja keras lagi la. Moga yang baik-baik ajer untuk semester ke 5 nanti. Terima kasih Prof. Loh Teck Chwen, Dr. Suraya, Dr. Sharmila, Dr. Iswan Budy, Dr. Mamat Hamidi dan Puan Sharifah Aflinda.
Apa pun tahniah buat anak ummi dan ayah!
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.