Kita bersaudara?

Kenduri yang saya pergi tengahari pada hari kemerdekaan merupakan kenduri kepada anak kawan hubby bernama Azmisharulzaila. Hubby panggil Sharulzaila. Kawan satu batch di MRSM Beseri. Pada hari yang ditetapkan, kami tiba la kat majlisnya. Adik saya Erma pun dijemput kerana isteri kepada Sharulzaila ni dulu kerja dengan adik saya Ema (nama panggilan adik). Ema pegawai kepada isteri kawan hubby ni. Eh...kecik betul dunia ni ya. 

Nak jadikan lagi kecik dunia ni....eh kenapa ada sepupu papa saya pula kat majlis? Apa kena mengena pulak?. Saya rasa kelakar sebab sepupu ayah saya ni memang selamba. Ex Army dan Pakcik Pian reply 'Ko jangan tanya aku. Aku pun tak tahu apa kena mengena'. 😅. Pakcik Pian ni la yang duduk meja utama masa saya kahwin dulu sebab sekepala dengan papa saya dan lagi seorang Pakcik Lan. Rumah bumbung biru kat Siputeh, Perak. Papa dan Pakcik Lan dah meninggal. Tinggallah, Pakcik Pian Alhamdulilah masih kuat lagi....tapi ingatan macam ingat ingat lupa. 


Awal-awal lagi dah jemput ke kenduri akikah cucu kat Port Dickson bulan 12 nanti tapi kami tak tahu pulak anaknya kahwin bila. Pakcik Pian tanya....'ko tak pergi ke majlis kahwin?' Saya kata tak. Hahaha....tau tau dah ada cucu pulak ya....😅. Sebenarnya Pakcik Pian dah key in nama kami semua dalam phone tetapi bila Pakcik Pian pun lupa nama apa...macam mana nak cari dalam phone 😅. Orang tua kan....


Nak dijadikan cerita, isteri Pakcik Pian ni bersaudara dengan ibu mertua kawan hubby Azmisharulzaila tu. Dua pupu kepada ibu kepada isteri Azmi la. 


Gigih saya menanya kat ibu mertua kawan hubby tu ya. Disebabkan perkahwinan ikatan persaudaraan pun terjalin. Belah isteri kawan hubby ni orang Kelantan, belah kawan hubby orang Perlis. Isteri Uncle Pian ni orang Kelantan rupanya. 


Kanan depan ni anak sulung Pakcik Pian. Pernah kerja sekali dengan adik ipar adik saya dulu. 



Camelia ni la anak kepada kawan hubby ni tapi nampaknya macam hubby seorang je dijemput ke majlis perkahwinan dari wakil MRSM Beseri, Perlis. Azmi kawan hubby ni masuk perkhidmatan PTD junior dari adik saya. 


Dalam lif dengan anak saudara saya. Depan sebelah saya Eerfan, Sofiah dan Musyafee. Adlina tengah kerja sebelum masuk IPTA nanti akhir bulan September ni. 

Jadi, tema kami tiga beranak ni purple. Saya dan Dania tudung purple, hubby baju purple. Dania kat tempat kerja la dengan tudung purple tu. 

Kecik kan dunia ni?. Mana la tahu bila ke kenduri selepas ni jumpa pula saudara yang lain. 





XOXO,
Ezna





 

21 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. kiranya sedare bau bau bacang lah kan ni..best dpt jumpa sedare mara kat tempat kenduri. merapatkan silaturrahim gitu. sweet lah ut OOTD tu ezz..baju kurung design gitu nampak muda hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju I ni Dania bagi untuk birthday I kat Bayu Somerset.

      Padam
  2. Time2 ni la semuanya trkait skali..Tp seronok jgk dpt kenal sedara jauh2 =D

    BalasPadam
  3. berkait2 hubungan tu ye bila ke kenduri

    BalasPadam
  4. Kebetulan pulak semuanya bersaudara..pusing tak jauh rupa-rupanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe....tu la pasal tapi nak kena tanya juga macam mana boleh berkait pulak.

      Padam
  5. Saya nih jenis orang tak mudah ingat dengan silsilah keluarga kak. Apalagi mama saya saja 13 bersaudara, belum dihitung anak2 yang lahir, cucu dan sebagainya. Papa saya pun 7 saudara.

    Jadi kadang kalau ketemu di acara besar, saya sering tak kenal, padahal hubungan kami dekat. Krn saking banyaknya tadi. Untungnya Raka tuh ingatannya kuat. Malah dia yg hapal mana saudara2 saya 😄

    BalasPadam
  6. Pi mai pi mai bersaudara rupanya.
    Ceria tengok Pakcik Pian tu, sihat2 selalu hendaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ceria dan selamba Pakcik Pian tu....kalau ada papa saya menjadi-jadi lawaknya....

      Padam
  7. Inilah kebaikan hadir kenduri... eratkan yang jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....tak sangka pulak ada berkait dengan kenduri kawan suami ni.

      Padam
  8. Berkait-kait lah jadinya.
    Aku, ko.. je ya Uncle Pian tu... mesti peramah orangnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah aku ko pulak Pakcik ni....kita tak biasa juga dengan aku ko ni tapi ikut je lah....

      Padam
  9. Berkait2 rupanya ye. Begitulah keciknya dunia ni.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum. BW. Datang nak menjemput tengok entry blog saya no 717. Tq

    BalasPadam
  11. Uniknya nama Azmisharulzaila tu. Seronok pulak kalau ada saling mengenali. Begitulah kan, pusing-pusing kut mana pun ada je saling kenal mengenali dan berkaitan.

    BalasPadam
  12. Hahaj tu dia ramai plak bersangkut paut ye kisah nyaa.... alhamdulilah berpanjang²an hubungan kekeluargaan tu 🥰🥰

    BalasPadam
  13. Seronok kan bila tau silaturrahim berkait2. Kecik dunia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.